Al-Ikhsan Sports taja Melaka United

MELAKA United (MU) sah tidak menyambung perjanjian bersama syarikat pengeluar barangan sukan jenama Warrix dari Thailand selepas mengikat kontrak dua tahun bermula 2020, bersama pengedar barangan sukan terbesar Malaysia, Al-Ikhsan Sports, sebentar tadi.

Majlis menandatangani perjanjian itu disempurnakan di Mahkota Parade dan diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Al Ikhsan Sports Sdn. Bhd., Vach Pillutla bersama Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Damian Yeo Shen Li.

Hadir sama, Setiausaha Agung MUSA, Farhan Ibrahim.

Menurut Pillutla, syarikatnya memilih MU berdasarkan potensi skuad Kancil itu yang memiliki daya tarikan tersendiri dalam kancah bola sepak tempatan.

“Kita amat cerewet dalam soal tajaan kepada kelab bola sepak, walaupun ia merupakan nadi utama kita di Malaysia termasuk di beberapa negara jiran.

“Memandangkan mereka (MU) memiliki cita-cita yang amat baik, jadi tidak salah kami membantu usaha mereka mencapainya,” katanya pada sidang media sebentar tadi.

Tambah Pilluta, ciri-ciri jersi MU akan didedahkan kepada umum pada penghujung Januari depan.

“Saya tak boleh beritahu, kena tunggu sebulan lagi kerana kita sedang mengusahakannya.

“Perasmian jersi akan diumumkan pada penghujung Januari,” katanya ketika ditanya mengenai sama ada MU akan mengekalkan warna tradisinya musim depan iaitu hijau dan putih.

Dalam pada itu, Al Ikhsan Sports turut menaja MU kira-kira RM1 juta bagi kempen musim depan, dan penajaan terbabit turut melibatkan skuad bawah 21 tahun, bawah 19 tahun, bawah 17 tahun, skuad futsal dan wanita MU.

MU merupakan destinasi kelima tajaan Al-Ikhsan Sports selepas Kedah, Perak, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago