Categories: MELAKA

Aktiviti di masjid dan surau ditangguhkan sehingga 26 Mac

MELAKA 18 Mac –  Semua aktiviti masjid dan surau di negeri ini termasuk solat Jumaat dan jemaah ditangguhkan selama 10 hari sehingga 26 Mac 2020.

Penangguhan itu dilakukan susulan penularan Covid-19 bermula semalam, selaras dengan Resolusi Muzakarah Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia.

Mufti negeri, Datuk Abdul Halim Tawil berkata, dalam tempoh itu semua masjid dan surau dinasihatkan untuk melakukan pembersihan dan penyahkuman sebagai langkah keselamatan bagi mengelak jangkitan.

“Bagaimanapun pelanjutan atau penamatan tempoh 10 hari berkenaan adalah tertakluk kepada nasihat serta pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Tindakan ini diambil berdasarkan kepada situasi terkini Covid-19 (koronavirus) yang semakin kritikal susulan daripada gelombang kedua selepas penemuan positif kalangan 16,000 jemaah yang menghadiri Jodr Qudama dan Ulama di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya berlaku kematian akibat Covid-19 pengurusan jenazah hendaklah dilakukan mengikuti keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI Kali ke- 107 yang bersidang pada 10 hingga 11 Febuari 2015.

“Mengenai pengurusan jenazah yang disyaki atau disahkan dijangkiti Virus Ebola, dibenarkan dilakukan mengikut prosedur tayammum hanya di atas permukaan beg jenazah atau pembalut plastik pada jenazah,” katanya.

Nur Saliawati Salberi

Leave a Comment
Share
Published by
Nur Saliawati Salberi

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago