AKTIVITI AIR DI SUNGAI DUYONG TARIKAN PELANCONGAN BAHARU

AKTIVITI AIR DI SUNGAI DUYONG TARIKAN PELANCONGAN BAHARU

Syoknye berenang…

 

Sungai Duyong dilihat berpotensi menjadi lokasi pelancongan baharu di Melaka dengan pelbagai aktiviti air yang boleh dinikmati pelancong domestik mahupun antarabangsa.

Walau bagaimanapun, Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, infrastrukturnya perlu diperbaiki bagi menjamin keselamatan pengguna dan pihaknya mengalu-alukan mana-mana pihak swasta yang berminat mahu bekerjasama membangunkan lokasi itu.

Beliau berkata demikian kepada media selepas sesi lawatan ke Sungai Duyong.

Tambah Adly, selain menaik taraf Sungai Duyong sebagai tarikan pelancongan baharu, pihaknya merancang menjadikannya sebagai sebahagian daripada sumber air di Melaka dan ia masih di bawah kajian Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB).

CATEGORIES