Categories: MELAKA

Aktifkan semula persatuan-persatuan kampung di DUN Pantai Kundor

PANTAI KUNDOR 10 Jan. – Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Japerun) Pantai Kundor merancang untuk mengaktifkan semula persatuan-persatuan kampung di kawasan itu sepanjang tahun 2020 ini.

Penyelaras DUN Pantai Kundor, Juhari Osman berkata, memandangkan persatuan-persatuan kampung ini dilihat semakin luput ditelan zaman, pihaknya bercadang untuk mengambil inisiatif berkenaan sepanjang tahun ini bagi menggalakkan semula penglibatan masyarakat terutamanya di kampung-kampung.

“Antara yang kita rancangan ialah aktifkan semula persatuan seperti kompang dan kraftangan. Ini untuk menggalakkan penglibatan masyarakat di kampung-kampung terutamanya.

“Selain itu, kita juga akan memberi tumpuan kepada wanita. Jadi akan ada aktiviti untuk wanita-wanita di kawasan ini memandangkan melalui geran tahunan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) juga mensyaratkan ada aktiviti dilakukan untuk golongan wanita,” katanya.

Mengulas mengenai peruntukan keseluruhan tahun 2020, Juhari berkata, peruntukan yang diberikan meningkat iaitu RM150,000 untuk tahun ini berbanding RM120,000 tahun sebelumnya.

Justeru, pihaknya akan menambah lebih banyak aktiviti di kawasan Pantai Kundor, terutama melibatkan program-program yang dekat dengan masyarakat, selain meneruskan program-program kebajikan.

Mohamad Fazrul Abdul Majid

Leave a Comment
Share
Published by
Mohamad Fazrul Abdul Majid

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago