Categories: MELAKA

AJ Tawakal salur sumbangan setiap bulan

AYER KEROH 21 Ogos – AJ Tawakal Sdn. Bhd. komited melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) setiap bulan bagi membantu golongan memerlukan.

Pengurusnya, Mohd Azry Ariffin berkata, usaha itu diteruskan sejak tahun 2016 bagi menyalurkan barang keperluan seperti beras dan minyak.

“Kali ini seramai 99 penerima mendapat manfaat tersebut dan fokus kita adalah mereka yang mempunyai tanggungan dan sudah berkahwin.

“Kita laksanakan pada setiap bulan, semua penerima adalah di bawah pengurusan AJ Tawakal sendiri,” katanya kepada MelakaKini selepas program CSR di Kilang Konica Minolta baru-baru ini.

Jelas Azry, tahun ini seramai 1,000 pekerja telah mendapat pekerjaan di bawah bantuan AJ Tawakal.

“Kita bantu mereka untuk dapatkan pekerjaan sebagai operator kilang, kebanyakannya bekerja di kilang sekitar Ayer Keroh.

“AJ Tawakal juga bantu mereka untuk mencari tempat tinggal dan pengangkutan,” katanya.

Sumbangan tersebut di bawah Tabung Kebajikan Sosial dan Korporat AJ Tawakal Sdn. Bhd.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago