Airbnb jejas sektor perhotelan Melaka?

KEWUJUDAN syarikat hospitaliti terkemuka dunia, Airbnb di seluruh negara membuka ruang perniagaan baharu kepada sektor perumahanan terutama kepada unit kediaman yang tidak terjual.

Dengan kemudahan di hujung jari diikuti kadar penginapan yang rendah, tempahan unit bilik menerusi aplikasi itu lebih gemar dijadikan pilihan ketika bercuti.

Disebalik cerita baik mengenai kadar dan perkhidmatan bilik yang disediakan Airbnb sebenarnya kurang memberikan manfaat baik kepada kerajaan negeri.

Ketika perniagaan ‘homestay’ berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan sektor perhotelan menyumbang RM4.98 juta tahun lalu, Airbnb pula hanya mengaut keuntungan atas angin tanpa sebarang cukai dibayar kepada kerajaan.

“Keadaan perniagaan sekarang sangat tertekan.

“Dengan jumlah unit Airbnb yang makin meningkat kepada 3,000 unit sehingga Mei 2019, ia memberikan kesan secara tidak langsung kepada hotel-hotel, terutamanya hotel bertaraf tiga bintang yang dilihat terhimpit dalam situasi ini,” kata Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Melaka, Abu Hassan Ismail.

HANYA DUA PERKARA YANG MENYOKONG SEKTOR PERHOTELAN

Abu Hassan berkata, MAH mempunyai kekuatan seramai 74 orang ahli seluruh Melaka dan majoritinya merungut kehilangan keuntungan yang menurun sehingga 12 peratus.

Katanya, MAH tidak menghalang mana-mana pihak termasuk Airbnb untuk bersama merebut peluang dalam indusri ini, cumanya ia perlu dilakukan dengan adil dan berdaftar.

“Buat masa sekarang hanya dua perkara saja yang menyokong industri perhotelan ini, iaitu sektor pelancong asing yang masih belum diusik Airbnb dan trendnya juga agak perlahan di Melaka, serta agensi pelancongan biasanya sudah mengikat kontrak bersama pihak hotel.

“Dan sektor konvensyen dimana hotel memiliki kelebihan fasiliti dewan dan kami memohon kelonggaran dari kerajaan negeri untuk kembali melakukan seminar dan kursus di hotel yang mana ia akan membantu meningkatkan semula pendapatan,” katanya.

KEHILANGAN PENYEWA BERMAKNA KEHILANGAN PEKERJAAN

Jelas Abu Hassan, kehilangan penyewa di hotel-hotel yang memilih unit kediaman berdaftar dengan Airbnb juga akan menyebabkan kecairan perniagaan dan bekalan.

“Jika penyewa tidak ramai, buat apa pihak hotel menambah kakitangan, mereka akan mengurangkan kakitangan dan mengekalkan apa yang patut saja.

“Ini termasuk bekalakan barangan dan lain-lain, keadaan ini lebih serius sebenarnya, saya tidak menyalahkan pihak Airbnb 100 peratus dan kita pun tak mahu menyekat mereka, cuma kalau boleh biar adil.

“Dan kerajaan negeri juga dapat hasil sebab promosi (pelancong) kami bayar (cukai warisan), yang mana duit itu akan digunakan untuk membaiki infrastruktur dan melaksanakan program promosi,” katanya.

MOTAC DAN KPKT PERLU TEGAS

Secara teknikalnya, dalam hal membabitkan Airbnb ini, MOTAC tidak mempunyai bidang kuasa khusus selain membantu dari segi pendaftaran kerana ia terletak di luar bidang kuasa.

“Perkara ini terletak sepenuhnya di tangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), benda ini perlu diselaraskan, walaupun ia mengambil masa tetapi penyelesaiannya perlu ada.

“Perkara ini telah dimaklumkan semasa perjumpaan sekteratiat MAH dalam pertemuan bersama KPKT baru-baru ini dan dengarnya mungkin, tahun ini atau tahun depan, garisan panduan mengenainya sudah ada,” katanyanya.

MAH MELAKA TIDAK SOKONG

“Tidak, MAH tidak menyokong selagi ia tidak diregulasi, kerana ia menjejaskan kadar penginapan dan jaringan pembekalan serta sokongan.

“Ia berbeza dengan homestay yang diregulasi MOTAC, ia tetap produk pelancongan dan kita sokong.

“Dalam kes ini, ia tidak berlesen, kalau kita menyokong, jika apa-apa terjadi ia akan berbalik kepada MAH sendiri.

“Pendirian Mah sekarang ini adalah tidak menyokong dan menuntut Airbnb memasuki pasaran secara adil, bayar apa yang hotel bayar baru kita boleh kerja secara rapat,” kata Abu Hassan.

Abu Hassan juga merupakan Pengurus Besar Hotel Kobemas Ayer Keroh.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

5 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

7 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

7 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

7 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

7 months ago