AirAsia : Laluan baharu ke Pulau Pinang kini dibuka

BATU BERENDAM 1 Julai – Ketua Menteri, Adly Zahari yakin penerbangan tujuh kali sehari syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Berhad dari Melaka ke Pulau Pinang hari ini mampu merancakkan lagi sektor ekonomi di Melaka dan mencapai misi 20 juta pelancong tahun ini.

Terdahulu, Lapangan Terbangan Antarabangsa Melaka (LTAM) sekali lagi menjadi saksi kepada 174 penumpang dari Pulau Pinang yang menjadi perasmi kepada pembukaan laluan baharu ke negeri ini.

Katanya Adly, penerbangan tujuh kali seminggu dengan harga tiket RM79 bagi laluan sehala ity sudah pasti memberi nafas baharu kepada industri pelancongan.

“Perbincangan mengenai laluan ini (Melaka-Pulau Pinang) sudah dimulakan tahun lepas lagi dan saya sangat berbangga dengan komitmen diberikan AirAsia.

“Sebagai sebuah negeri pelancongan, penerbangan ini mampu merancakkan hubungan dan dijangka memberikan prospek baharu kepada industri pelancongan dan kita yakin untuk terus bersama AirAsia dalam merangka strategi baharu.

“AirAsia memerlukan penumpang dan penerbangan dan kita memerlukan pelancong, sudah pasti kerjasama ini memberikan fokus baru.

“Pada masa akan datang, kita juga akan mencari lokasi baharu di Indonesia dan rakan di negara sendiri (membuka laluan penerbangan baharu),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media di LTAM di sini sebentar tadi.

Menurut Adly, Melaka juga bersedia menerima 4.5 juta pelancong dari Pulau-Pulang menerusi laluan baharu yang dibuka.

“Tiada masalah untuk kita menerima bilangan pelancong yang ramai, secara asasnya memang kena tingkatkan kualiti persediaan.

“Tetapi penilaian tentang inisiatif baru itu dan hubungan Melaka-Pulau Pinang tetap akan dibuat,” katanya.

Setakat Jun ini, bilangan pelancong sudah pun mencecah 50 peratus atau 10 juta dan menjangkakannya terus meningkat menerusi pembukaan laluan baharu penerbangan Melaka-Pulau Pinang hari ini.

“Setakat Mei kita masih di landasan betul dan sehingga Jun kita dah capai 50 peratus dari anggaran awal,” ktanya

Terdahulu, penerbangan AK6284 menggunakan pesawat A320 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas pada pukul 1.20 petang dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam pada pukul 2.25 petang.

Hadir sama, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Mohd. Sofi Abdul Wahab; Pengurus Besar Tourism Melaka, Zairi Suboh; Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat dan Ketua Komersial Serantau AirAsia, Amanda Woo.

Melaka merupakan destinasi domestik keenam AirAsia dan laluan ke-14 dari hab Pulau Pinang.

Penerbangan AirAsia menghubungkan Melaka-Pulau Pinang diadakan setiap hari bermula pukul 1.20 petang dari LTAPP menggunakan nombor penerbangan AK6284 dan tiba pukul 2.25 petang.

Penerbangan dari LTAM pula berlepas pukul 2.50 petang menggunakan nombor pendaftaran AK6285 dan tiba di LTAPP pada pukul 4 petang.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

4 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

4 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

4 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

4 months ago