ADLY ceria ketika menerima kunjungan tetamu yang bertandang ke kediaman rasminya bagi meraikan sambutan Aidilfitri pada pagi 1 Syawal lalu.
PERINGGIT 19 Jun – Sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri disambut dengan penuh kesederhanaan serta kesyukuran oleh masyarakat Islam di negara ini.
Di negeri ini, Ketua Menteri, Adly Zahari turut tidak ketinggalan menyambut perayaan Aidilfitri bersama orang ramai apabila mengadakan Jamuan Hari Raya secara sederhana di kediaman rasminya di Bukit Peringgit pada hari raya pertama lepas.
Walaupun ia diadakan secara sederhana, namun suasana majlis itu penuh dengan wajah keceriaan serta sambutan secara kebersamaan dengan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.
Adly dan isteri, Dalilah Awaludin yang mengenakan pakaian warga ungu kelihatan ceria serta tidak lekang dengan senyuman sebaik kediaman beliau mulai dikunjungi tetamu sejurus selepas solat Jumaat.
Kanak-kanak adalah antara golongan yang tidak melepaskan peluang untuk berjabat tangan bersama Adly dan Dalilah.
Pastinya Aidilfitri kali ini memberikan ruang dan aura yang berbeza kepada Adly sekeluarga serta warga Melaka lantaran kali pertama menyambut Aidilfitri sebagai peneraju kerajaan negeri yang baharu menerusi Pakatan Harapan (PH).
Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…
TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…
SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…
AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…
KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…
Leave a Comment