Categories: Ketua MenteriMELAKA

Agensi promosi produk pelancongan perlu tingkat penyelenggaraan

BANDAR HILIR 2 Jan. – Kerajaan negeri meminta agensi terlibat mempromosi produk pelancongan di negeri ini menambah baik penyelenggaraan produk pelancongan itu.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, sejak Ogos lalu kerajaan negeri sudah membuat pelbagai inisiatif mempromosi Melaka sama ada dalam atau luar negara.

Menurutnya, bagaimanapun usaha itu perlu selari dengan memberi perkhidmatan atau servis yang lebih baik kepada pengunjung.

“Kita perlu beri khidmat terbaik kepada masyarakat, ini perkara penting di samping mempromosi kepada pelancong servis juga mesti kita berikan yang terbaik.

“Secara keseluruhan, saya lihat persediaan itu ada, tetapi antara penambahbaikan yang harus kita beri keutamaan ialah aspek penyelenggaraan,” katanya.

Adly berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke tempat-tempat pelancongan Melaka di sekitar Melaka di sini, hari ini.

Jelasnya, Melaka sudah punyai aset dan produk untuk menarik kedatangan pelancong, namun ia perlu ditingkatkan bagi memberi keselesaan kepada pelancong.

“Contohnya, di Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park, banyak produk-produk kita tidak dapat dipromosi dan diselenggara dengan baik.

“Ini boleh menyebabkan pengunjung hilang keselesaan dan pada masa sama, sebahagian dari produk tersebut tidak dapat kita gunakan,” katanya.

Kata Adly, jika perkara itu berlaku, tidak mustahil produk pelancongan tersebut boleh menjejaskan kedatang pelancong ke Melaka.

“Jika produk pelancongan kita terjejas, ia akan merugikan kita dalam jangka masa panjang.

“Justeru, kita telah mengenal pasti beberapa perkara supaya dapat tingkatkan lagi mutu penyelenggaraan kita,” katanya.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago