Agba dan Brown perkasa jentera serangan MU

BEKAS penyerang import Polis Diraja Malaysia (PDRM), Uche Agba dan bekas pemain Oklahoma City Energy City, Deshorn Brown sah menyertai skuad kendalian Zainal Abidin Hassan musim depan.

Pengesahan itu dibuat Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Damian Yeo Shen Li ketika dihubungi hari ini.

Menurut Shen Li, Agba dan Brown yang diwakili ejen akan menandatangani kontrak bersama Melaka United (MU) akan menandatangani kontrak dalam tempoh terdekat.

“Ingin saya tekankan perbelanjaan bagi kedua-duanya import masih berada dalam anggaran bajet iaitu RM10 juta.

“Dan kedua-duanya memiliki ciri penting yang diingini selain memiliki rekod kecederaan yang baik,” katanya.

Agba menyarung jersi buat The Cops musim ini dan telah menjaringkan tujuh jaringan buat pasukan berkenaan dari lima perlawanan yang diturunkan.

Brown pula, dia pernah menyarung jersi kebangsaan negara kelahirannya, Jamaica dan beberapa kelab ternama di Amerika Syarikat.

Antaranya, Oklahoma CIty, Lorca FC, D.C United dan Reading United.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago