Adly santuni penduduk Bemban

Adly santuni penduduk Bemban

BEMBAN 12 Apr. – Ketua Menteri, Adly Zahari memulakan lawatannya di beberapa lokasi sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban, di sini, sebentar tadi.

Lawatannya menuju ke Kolam Air Panas Jasin sebagai lokasi pertama dilihat disambut baik penduduk dan pelancong yang berada di kawasan itu.

Pada ketibaannya sekitar jam 3.30 petang tadi pelbagai pembangunan luar bandar seperti kawasan itu akan dibangunkan melalui perancangan kerajaan negeri dalam memperkasakan ekonomi setempat.

Ketibaan beliau pada program berkenaan disambut baik oleh ADUN Bemban Dr. Wong Fort Pin.

Pada program Lawatan Ketua Menteri di DUN Bemban itu, lokasi kedua yang dikunjungi beliau ialah di sebuah tapak pembinaan masjid baharu di kawasan itu yang hampir 22 peratus siap dibina.

Lawatan beliau kemudiannya diteruskan ke Anjung Bonda di kawasan tersebut.

CATEGORIES