Categories: Ketua MenteriMELAKA

Adly rasmi Ops Selamat 13

ADLY membantu seorang penunggang motosikal memakai topi keledar yang diedarkan semasa pelancaran kempen tersebut.

DURIAN TUNGGAL 13 Jun – Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Melaka bangga apabila Ketua Menteri, Adly Zahari merasmikan Kempen Ops Selamat 13 bagi tahun ini.

Kebanggaan itu disebabkan kempen-kempen Ops Selamat sebelum ini hanya dirasmikan oleh Ketua Polis-Ketua Polis sahaja.

Namun, pada petang semalam, ia momen sungguh istimewa apabila Adly hadir pada jam 3.30 petang di Pekan Durian Tunggal bersama warga PDRM Melaka menyempurnakan majlis itu.

Adly dan Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Jalil Hassan telah mengagihkan topi keledar dan baju keselamatan kepada penunggang dan pembonceng motosikal selain beramah mesra bersama pegawai dan anggota PDRM yang bertugas di majlis tersebut.

Abdul Jalil ketika ditemui di majlis itu menzahirkan kegembiraan kerana komitmen tinggi Ketua Menteri menyempurnakan majlis tersebut.

ADLY, Abdul Jalil dan kenamaan lain ketika merasmikan Kempen Ops Selamat 13.

“Ia sungguh istimewa apabila Ops Selamat 13 dilancarkan Ketua Menteri merupakan satu-satunya dalam sejarah PDRM Negeri Melaka.

“Kami PDRM kontinjen negeri bangga dan terharu atas kerjasama cemerlang Ketua Menteri,” katanya.
Sementara itu, Adly ketika ditanya media berhubung Ops Selamat 13 berkata, ia adalah kempen paling penting yang perlu dijayakan dengan baik dan teliti.

“Kerajaan negeri memberi kerjasama penuh kepada kempen ini apatah lagi ketika ini semua dalam ‘mood’ menyambut perayaan, harta benda (rumah) perlu dipastikan selamat.

“Pengguna jalan raya lebih-lebih lagi penunggang motosikal juga perlu tingkatkan kesedaran keselamatan jalan raya bahawa kemalangan mungkin banyak berlaku di musim perayaan ini. “Penunggang motosikal perlu lebih peka dan memakai topi keledar dengan betul dan jaket keselamatan bagi elak perkara tidak diingini,” kata Adly.

Adly berkata, kerajaan negeri di bawah teraju Pakatan Harapan (PH) sentiasa menyokong usaha PDRM yang menyebarkan ilmu keselamatan jalan raya kepada pengguna jalan raya.

Selain pemilik rumah agar nyawa dan harta benda kekal selamat sepanjang menyambut perayaan.
Hadir sama, Exco-exco kerajaan negeri, antaranya Mohd Sofi Wahab dan G.Saminathan; para pegawai kanan polis dan juga warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria
Tags: YB Sofi

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

4 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

4 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

4 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

4 months ago