Adly puji askar wataniah bantu mangsa banjir

Adly puji askar wataniah bantu mangsa banjir

Lebih banyak NGO seharusnya turun padang bantu penduduk yang dilanda musibah

AYER KEROH 11 Julai – Bencana banjir yang melanda daerah Alor Gajah baru-baru ini mendorong beberapa pihak untuk turun padang membantu penduduk terjejas akibat musibah itu.

Beberapa pasukan sukarelawan berganding bahu menjalankan kerja-kerja pembersihan bagi meringankan beban penduduk yang terkesan ekoran bencana berkenaan.

Antara yang terlibat dalam kerja sukarelawan itu termasuklah Rejimen 514 Askar Wataniah.

Melalui suapan pada halaman Facebook Ketua Menteri, Adly Zahari, beliau memuji dan berterima kasih kepada anggota pasukan berkenaan yang menjalankan kerja amal itu bagi membantu penduduk di kawasan terjejas.

Suapan itu turut diselitkan beberapa gambar yang menunjukkan kerja-kerja pembersihan dijalankan anggota terbabit malah menerima ratusan tanda suka (like).

Rata-rata netizen turut memuji apa yang dilakukan pasukan keselamatan itu di ruangan komen malah ada yang mengucapkan tahniah di atas kerja-kerja yang dijalankan di daerah tersebut.

 

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS