Adly puas hati prestasi MU, pertimbang tambah peruntukan

Adly puas hati prestasi MU, pertimbang tambah peruntukan

Good luck Melaka United!!

 

PresidenPersatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Adly Zahari pertimbang untuk menambah jumlah peruntukan Melaka United (MU) musim depan selepas berpuas hati dengan pencapaian direkodkan skuad Sang Kancil musim ini.

Skuad pimpinan Zainal Abidin Hassan musim ini menduduki carta ketiga liga selepas 20 perlawanan dengan kutipan 32 mata dan mempunyai peluang terbaik untuk merampas kedudukan Pahang di tempat kedua, jika berjaya memperoleh mata penuh bagi baki dua perlawanan lagi musim ini.

Untuk rekod, sepanjang penglibatan Sang Kancil di Liga Super, MU tidak pernah menduduki carta ketiga terbaik dan percaturan Zainal nyata membuahkan hasil malah tampak lebih baik selepas menggantikan E. Elavarasan.

Musim ini MU beraksi dengan peruntukan kurang RM3 juta iaitu 18 RM18 juta berbanding RM21 juta musim lalu.

Sementara itu, Adly mengharapkan anak buah Zainal kekal fokus berdepan PKNS FC dan Pahang dalam misi mencari mata penuh untuk mendapatkan kedudukan terbaik.

Dalam pada itu, MU terus memberikan tekanan terhadap Kedah FA untuk memperbaiki kedudukan Liga Super musim ini, selepas merekodkan kemenangan 2-1 ke atas PKNP di Stadium Hang Jebat, Selasa lalu.

 

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES