Categories: Surat Pembaca

Adly penuhi sifat Al Qawwi dan Al Amin

IPOH MALI

SESUNGGUHNYA aku menjadi saksi terhadap segala kebaikan kepada rakyat Melaka yang bossku YAB CM Adly Zahari telah lakukan semenjak hari pertama sehingga hari ini.

Jika peralihan Kerajaan pusat berlaku, peralihan kerajaan negeri berlaku, aku tak kisah sangat dengan negeri-negeri lain termasuk Perak atau aku kehilangan menteri di Pusat. Cuma aku berasa sikit kecewa jika yang berubah itu Kerajaan Melaka pimpinan Adly Zahary di Melaka.

Jika dibandingkan prestasi menteri, MB di negeri-negeri di Malaysia, bagi aku hanya Melaka yang membawa perubahan yang jelas memenuhi aspirasi Malaysia baharu.

Sifat pentadbirannya merakyat malah lebih dekat dengan kehendak Islam. Inilah gambaran Baldatun Tayyibah..

Satu satu negeri yang membawa agenda utama soal kebajikan, soal perumahan dan pemilikan perumahan rakyat, bagi aku, itulah kecemerlangan Ketua Menteri Melaka.

Aku ralat kita kehilangan seorang pemimpin yang baik, mungkin aku kecewa jika kita tidak dapat melihat hasil perubahan dan reformasi yang dilakukan dalam pentadbiran di Melaka.

Kalau nak lihat politik siyasah yang faham tentang Islam, ianya bukan di Terengganu atau Kelantan hatta bukan negeri Perlis yang berslogankan Sunnah tetapi di Melaka yang peduli soal rakyat.

Inilah gambaran Rahmah dalam bentuk pelaksanaan, bukan hanya dengan retorik dalam kuliah dan ceramah.

Bagi aku Adly Zahari memenuhi sifat Al Qawwi dan Al Amin.. 🙂

———————————————————————————————–

Tulisan ini tidak mencerminkan pandangan daripada MelakaKini

Yusri Sahat

Leave a Comment
Share
Published by
Yusri Sahat

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago