Categories: MELAKA

Adly nafi ‘tokok tambah’ kenyataan media kes Sungai Melaka bertukar hitam

BANDARAYA MELAKA 25 Okt. – Ketua Menteri, Adly Zahari menafikan pihaknya menokok tambah sebarang maklumat yang disebarkan kepada media berhubung kes air Sungai Melaka bertukar hitam dan ribuan ikan mati pada prosiding awam di Mahkamah Majistret Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) semalam.

Katanya, kesemua maklumat yang diterima kerajaan negeri adalah berdasarkan data agensi dan jabatan yang dipertanggungjawabkan terhadap kes berkenaan.

Kerajaan negeri jelasnya, tidak mempunyai kekuatan teknikal untuk mengemukakan bukti terhadap kes berkenaan, oleh itu bantuan teknikal dari agensi dan jabatan terlibat amat diperlukan.

“Kita tidak mempunyai kemampuan teknikal berbandingan dengan kemampuan teknikal di peringkat agensi

“Sebab itu kalau nak sampaikan maklumat kepada masyarakat, kita memang bergantung pada konklusi pada agensi-agensi.

“Kerana kemampuan kita untuk mengesahkan…teknikal di luar kemampuan pentadbiran,” katanya semasa prosiding berkenaan yang dihadiri 30 pemerhati semalam.

Adly merupakan saksi keenam pada prosiding berkenaan.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

11 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago