Categories: MELAKA

Adly minta rakyat Melaka bertenang

AYER KEROH 26 Feb. – Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari menyeru rakyat Melaka supaya bertenang dan mematuhi undang-undang susulan ketidaktentuan keadaan politik semasa di negeri itu.

“Kita berharap masyarakat bertenang dengan suasana politik di peringkat negara dan negeri,” katanya ketika ditemui di perkarangan Bangunan Seri Negeri, di sini hari ini.

Beliau turut terharu dengan sokongan yang diberikan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap kepimpinannya.

“Saya ucapkan terima kasih terhadap himpunan itu dan diharapkan ia dibuat dalam keadaan aman dan mematuhi undang-undang.

“Saya (juga) ucapkan terima kasih kepada rakan NGO dan petadbir kerajaan atas sokongan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Terdahulu, kira-kira 500 penyokong daripada tujuh NGO berkumpul bagi menyatakan sokongan penuh dalam himpunan Solidariti Adly Zahari di hadapan bangunan kerajaan negeri itu.

Adly tiba di hadapan bangunan berkenaan pada jam 9 pagi sebelum menghabiskan kira-kira 10 minit untuk bermesra dengan peserta himpunan berkenaan.

Sementara itu Adly menjelaskan bahawa beliau akan bertemu Yang Dipertua Negeri Tun Dr Mohd Khalil Yaakob sebagaimana kelaziman sebelum beliau mempengerusikan mesyuarat EXCO hari ini.

Jelasnya, antara perbincangan itu adalah bagi memaklumkan perkembangan terkini mengenai keadaan negeri.

“Biasanya kita akan maklumkan perkembangan terkini negeri bagi memastikan bahawa pentadbiran negeri dapat dilaksanakan dengan baik.

“Kita harapkan di peringkat pentadbiran negeri terus memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat,” katanya.

Farah Suhaidah Othman

Leave a Comment
Share
Published by
Farah Suhaidah Othman

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago