Categories: Ketua MenteriMELAKA

Adly luang masa di Taman Tanjung Minyak Jaya

TANJUNG MINYAK 6 Jun – Kehadiran Ketua Menteri, Adly Zahari di Surau As-Syakirin Taman Tanjung Minyak Jaya Ahad lalu ternyata mengejutkan penduduk di kawasan tersebut.

Adly yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Melaka hadir beramah mesra bersama penduduk yang ketika itu sedang menyiapkan persediaaan memasak bubur lambuk anjuran persatuan penduduk taman itu.

“Ingin saya nyatakan lagi bahawa kerajaan baharu akan membuat banyak perubahan di peringkat negeri secara berperingkat-peringkat demi kesejahteraaan rakyat namun tidak sama sekali bermaksud membebankan rakyat.

“Antara pembaharuan yang diperkenalkan bagi tujuan tersebut termasuk mempermudahkan urusan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakt (JKM) dengan tidak lagi melalui sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

“Ini juga antara usaha untuk memulangkan semula profesionalisme JKM kerana penilaian terbaik dalam menentukan tahap kelayakan penerima bantuan adalah dari pihak mereka sendiri,” katanya.

Adly berkata demikian semasa berucap secara santai di hadapan penduduk Taman Tanjung Minyak Jaya yang sedang menyiapkan bubur lambuk pada program Memasak Bubur Lambuk anjuran penduduk taman itu.

Dalam program tersebut, Adly juga menyentuh soal pemilihan pengerusi masjid hendaklah dalam kalangan mereka yang punyai ilmu agama yang tinggi.

Katanya, lantikan dalam jawatankuasa masjid mestilah terdiri kalangan ilmuan agama yang sekurang- kurangnya mampu menjadi imam kepada para jemaah.

“Ini penting kerana seorang pengerusi masjid bukan hanya perlu meningkatkan taraf tempat ibadat tersebut, tapi dalam masa sama mampu memimpin jemaahnya menunaikan solat,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Surau As-Syakirin, Hanafiah Hamzah agak terkejut apabila secara tiba-tiba Ketua Menteri hadir ke majlis tersebut.

“Memang pada awalnya saya ada menghantar surat kepada Pejabat Ketua Menteri untuk mengundang beliau
ke program bersama penduduk, tetapi tidak pasti beliau hadir atau tidak.

“Apa pun terima kasih kepada Ketua Menteri kerana sudi meluangkan masa dan hadir dalam program tersebut di mana rata-rata penduduk senang hati dengan pendekatan dan peribadi pemimpin nombor satu Melaka yang bersederhana dan mudah didekati.

“Kepada ahli jemaah dan kariah yang sentiasa memberi sokongan kepada semua kegiatan sama ada dengan sokongan tenaga atau sokongan kewangan, saya juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada mereka,” katanya.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

4 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

4 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

4 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

4 months ago