ADLY mendengar sesuatu diperkatakan oleh keluarga Intan Syahira di HM, semalam.
BANDARAYA MELAKA 20 Jun – Ketua Menteri, Adly Zahari meluangkan masa melawat keluarga Intan Syahira Ahmad Safri, 23, yang maut ditimpa dahan patah ketika menunggang motosikal dalam perjalanan ke tempat kerja di Jalan Ayer Keroh Lama, pagi ini.
Adly tiba di perkarangan bilik mayat Hospital Melaka (HM) kira-kira jam 1 petang.
INTAN Syahira maut ditimpa dahan patah ketika menunggang motosikal dalam perjalanan ke tempat kerja di Jalan Ayer Keroh Lama.
Terdahulu, Intan Syahira maut di lokasi kejadian selepas ditimpa dahan patah ketika menunggang motosikal jenis SYM dalam perjalanan ke tempat kerja dalam keadaan hujan lebat.
Dalam kejadian jam 7.45 pagi itu, mangsa menunggang dari rumah sewanya di Bukit Beruang ke tempat kerja di kilang di Taman Perindustrian, Taman Tasik Utama, Ayer Keroh.
Setiba di tempat kejadian, dahan pokok di bahu jalan patah dan menghempap mangsa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh Hamdan Sudin berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik HM untuk bedah siasat.
Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…
TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…
SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…
AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…
KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…
Leave a Comment