Categories: MELAKARENCANA

Abdullah Fahim : Ulama masyhur perjuang kemerdekaan

NAMA cendekiawan Islam ini tidak perlu diperkenalkan lagi dalam sejarah tanah air.

Tuan Guru Haji Abdullah II bin Haji Ibrahim Ahmad bin Haji Abdullah I atau lebih dikenali sebagai Syeikh Abdullah Fahim juga merupakan seorang ahli astronomi (falak) yang turut berjuang dalam memerdekakan negara ini.

Beliau adalah datuk kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dan bapa kepada Haji Ahmad Badawi.

Berkongsi mengenai kisah hidupnya, beliau antara yang berjasa memperjuangkan kebebasan negara ini daripada penjajah.

Ketika itu, Abdullah Fahim sangat terkenal sebagai ulama di serantau dunia.

Bapa kemerdekaan kita, Tunku Abdul Rahman dan pemimpin Melayu menjadikan beliau sebagai tempat untuk meminta nasihat dan rujukan dalam usaha mendapat kemerdekaan.

Seperti dicatatkan dalam wikipedia, beliau insan bertanggungjawab menasihati Tunku Abdul Rahman supaya bekerjsama dengan kaum lain supaya penjajah British bersetuju memberikan kemerdekaan.

Beliau juga yang mencadangkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh merdeka selepas membuat hisab berdasarkan takwim hijrah.

DUA SISI CERITA

Menurut sumber, terdapat dua cerita berbeza mengenai asal usul Abdullah Fahim.

Ada mengatakan beliau dilahirkan di Kampung Sha’ab Ali terletak berhampiran Masjidil Haram di Makkah pada 1870.

Terdapat pula cerita menyatakan beliau menetap di Kampung Kubur Panjang, Kedah sebelum berpindah ke Mekah bersama bapanya Sheikh Ibrahim Tahir, seorang ustaz di Masjidil Haram.

Dari situlah beliau mendapat pendidikannya dalam bidang Islam dan apabila dewasa, beliau mengajar astronomi, usuluddin, ilmu al-Quran dan Hadith.

Lebih mengagumkan beliau mempunyai kelulusan dalam lebih 15 bidang ilmu Islam. Bagaimanapun, kemahiran utamanya berfokus kepada ilmu falak dan kesusasteraan Arab.

Dalam pada itu, beliau kemudiannya pula ke Tanah Melayu pada tahun 1916.

Semasa berada di sini, beliau telah mengajar ilmu teologi Islam di rumahnya di Kepala Batas dan di Pondok Tuan Haji Wan Sulaiman bin Wan Sidik, Alor Setar.

Sultan Perak ketika itu iaitu Sultan Iskandar Shah turut menjemput beliau menjadi pengetua Madrasah Idrisiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada 1931.

Abdullah Fahim menghembuskan nafas terakhirnya sewaktu berusia 91 tahun pada 28 April 1961.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini
Tags: Merdeka

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

11 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago