90 PERATUS KAWASAN PERUMAHAN TERIMA AKSES INTERNET

90 PERATUS KAWASAN PERUMAHAN TERIMA AKSES INTERNET

Melaka menuju bandar pintar..

 

Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyasarkan 90 peratus kawasan perumahan di Malaysia bakal menikmati akses liputan internet dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menterinya, Gobind Singh Deo berkata, pihaknya telah berbincang untuk menaiktaraf sistem infrastruktur sedia ada bagi memastikan kualiti internet di kawasan perumahan dapat dipertingkat.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Rumah Digital Anjung Gapam anjuran Telekom Malaysia Berhad dengan kerjsama Bintang Urusjuta (M) Sdn Bhd di Anjung Gapam.

Hadir sama, Ketua Menteri, Adly Zahari, Exco Komunikasi, Multimedia, NGO, Pembangunan Belia dan Sukan, Kerk Chee Yee dan Pengerusi Telekom Malaysia Berhad, Rosli Man.

Tambah Gobind jika kesemua rumah mempunyai rangkaian internet, ia akan memudahkan pemilik  menggunakan aplikasi sedia ada demi kebaikan mereka.

Dalam pada itu, Ketua Menteri, Adly Zahari menyokong usaha kementerian itu yang dikatakan secara tidak langsung menyokong usaha menjadikan Melaka Bandar Pintar.

CATEGORIES