Categories: EvergreenMELAKA

8,936 aduan meter pintar TNB di Melaka

AYER KEROH 18 Julai – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerima 8,936 aduan berhubung isu meter pintar di negeri ini bagi tempoh Mei hingga Jun lalu.

Perkara itu dimaklumkan Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab pada hari terakhir Persidangan Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Seri Negeri di sini hari ini.

Sofi berkata, bulan lalu merekodkan aduan tertinggi dengan keseluruhan 4,743 aduan dengan Melaka Tengah merekodkan 3,754 aduan, Alor Gajah (332), Jasin (257), Masjid Tanah (206) dan Merlimau (194).

Katanya, sebanyak 4,193 aduan pula dicatatkan pada Mei lalu dengan kawasan Melaka Tengah masih merekodkan aduan tertinggi iaitu 3,216 aduan diikuti Jasin (352), Alor Gajah (254), Merlimau (193) dan Masjid Tanah (178).

“Daripada jumlah aduan diterima pada Mei lalu, sebanyak 3,769 aduan diselesaikan diikuti 424 masih belum selesai.

“Manakala, pada bulan lalu, sebanyak 1,163 aduan diselesaikan namun masih terdapat 3,580 aduan belum diselesaikan,” katanya ketika menjawab soalan lisan Seah Shoo Chin (DAP-Kesidang).

Sofi turut menjelaskan antara aduan diterima termasuk pemasangan meter pintar, pengguna tidak menerima bacaan meter sebenar, semakan meter dan kejituan meter pintar selain syarikat di bawah Khazanah Nasional Berhad sedang berusaha menyelesaikan keseluruhan pemasangan meter pintar selewat-lewatnya Disember tahun ini.

“Hampir 9,000 aduan diterima pada Mei dan Jun dan sebelum ini dan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari telah minta TNB untuk beri penjelasan berhubung isu meter pintar pada 10 Mei lalu.

“Daripada pertemuan itu, TNB memberi jaminan untuk menyelesaikan segala isu berbangkit berhubung meter pintar mengikut garis panduan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 malah turut dipantau Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim melalui Suruhanjaya Tenaga,” katanya.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

4 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

6 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

6 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

6 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

6 months ago