85,000 tandatangan bukti sokongan dasar KKP

85,000 tandatangan bukti sokongan dasar KKP

Ini memang steady. :-)

AYER KEROH 25 April- Kerajaan, majikan dan pekerja perlu secara aktif mengambil bahagian dalam mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat serta berusaha mencegah kemalangan dan penyakit pekerjaan.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata selaras dengan usaha kerajaan untuk menyemai budaya pencegahan kemalangan dan penyakit pekerjaan diberi keutamaan dan hak untuk mendapatkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat dihormati di semua peringkat.

Katanya, bagi membantu capai pembentukan budaya pencegahan kemalangan dan penyakit pekerjaan, komitmen daripada semua pihak amat penting dan mewujudkan dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) negara.

“Dasar KKP yang diwujudkan pada Januari lalu adalah bukti komitmen dan kesungguhan Perdana Menteri, Tun Mahathir dalam meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam negara kita.

“Dan pada hari ini, di seluruh Malaysia, pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah melancarkan Kempen Tandatangan Terbanyak bagi Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara di mana hasrat JKKP adalah untuk mendapatkan 85,000 tandatangan.

“Tandatangan tersebut bagi tujuan menyokong dan menyatakan komitmen kerajaan, warga majikan dan pekerja terhadap dasar ini serta membantu pematuhan perundangan KKP kepada semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Pelancaran kempen Tandatangan Terbanyak Bagi Dasar DKKPN peringkat negeri, di Hotel Muzaffar, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah JKKP, Dr. Rabayah Daud dan Ketua Bahagian Operasi JKKP, Mohamad Najib Jaafar.

CATEGORIES
TAGS