Categories: Ketua MenteriMELAKA

7,975 asnaf zakat terima bantuan awal Ramadan

BUKIT KATIL 10 April- Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah mengambil langkah mengekalkan agihan zakat fitrah secara adil kepada penerima zakat melalui bantuan mengikut jumlah isi rumah yang ditanggung dalam Majlis Penyerahan Bantuan Persediaan Ramadan bagi tahun ini.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, pada tahun ini pihak MAIM akan mengagihkan sebanyak RM937,500 dana Fidyah kepada asnaf zakat seramai 7,974 orang dalam bentuk wang tunai sebanyak RM100 seorang.

Katanya, dan baki daripada agihan akan disalurkan kepada semua Japerun dalam negeri Melaka dan badan-badan kebajikan sosial yang lain agar dana fidyah itu disampaikan terus kepada asnaf yang berhak.

Jelasnya, seramai 418 penerima yang terdiri daripada 12 penerima dari golongan fakir dengan bilangan isi rumah, 26 orang dan 406 orang penerima di bawah kategori miskin dengan isi rumah 697 orang.

“Pada majlis ini, jumlah keseluruhan yang akan diagihkan oleh MAIM pada tahun ini di DUN Bukit Katil berjumlah RM220,500 dan mengikut pecahan golongan asnaf fakir akan menerima RM300 seorang, manakala golongan miskin akan menerima RM250 seorang serta setiap isi rumah miskin yang berumur di bawah 18 tahun akan menerima tambahan RM100 setiap seorang.

“Mengikut rekod pada tahun 2018, dana kutipan Fidyah yang dibelanjakan adalah sebanyak RM694,500, dan hari ini juga, MAIM akan mengagihkan bantuan Fidyah di mana setiap asnaf menerima wang tunai RM100 seorang,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Penyerahan Bantuan Persediaan Ramadan kepada Asnaf Zakat 2019, di Dewan Japerun Bukit Katil, di sini, semalam.

Katanya, kesemua bantuan yang diagihkan dan disampaikan bagi meringankan beban rakyat dalam melakukan persiapan bagi menyambut bulan Ramadhan yang akan menjelma tidak lama lagi.

“Kerajaan negeri akan sentiasa memastikan bahawa semua pihak teraniaya akan dibela nasib mereka dan rakyat prihatin serta bertanggunjawab dalam memastikan tiada lagi rakyat yang hidup dalam keadaan daif,” jelasnya.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

3 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

3 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

3 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

3 months ago