750 kaum Tionghua terima sumbangan TBC

BACHANG 14 Jan. – Kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM150,000 bagi menyalurkan sumbangan kepada 750 kaum Tionghua sempena Tahun Baru Cina (TBC) di negeri ini.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, usaha itu sebahagian inisiatif kerajaan negeri meringankan beban mereka menyambut perayaan tersebut.

“Kita dari semasa ke semasa cuba meningkatkan kemeriahan sambutan TBC ini termasuk mengambil kira beberapa aspek.

“Antaranya aspek kebajikan, rumah terbuka dan kerjasama dengan pihak swasta bagi peruntukan tambahan RM160,000 untuk disumbangkan kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dengan usaha kebajikan.

“Kita dah kenal pasti ada 17 NGO, kita akan salurkan sumbangan kepada mereka mengikut saiz NGO masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Penyampaian Sumbangan Sambutan Tahun Baharu Cina 2020 di Pasar raya KipMall, di sini hari ini.

Jelasnya, terdapat juga peruntukan sejumlah RM110,000 bagi menghias bandar dan pekan di negeri ini sempena TBC.

“Aspek pelancongan juga kita ambil kira, ini melibatkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini,” katanya.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Omar Jaafar dan Exco Wanita, Kebajikan dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Ginie Lim Siew Lin.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

3 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago