Categories: KolumnisMELAKARENCANA

7 syor lestari alam sekitar Melaka

ZAIPUL ANWAR ZAINU
Ketua Pegawai Eksekutif
Institut Tun Perak

SEBAGAI salah sebuah negara yang pesat membangun di Asia, 75 peratus rakyat Malaysia tinggal di kawasan bandar dan lebih 90 peratus aktiviti ekonomi negara dijalankan di bandar-bandar.

Perbandaran yang pesat mencipta peluang ekonomi yang besar untuk negara ini tetapi juga memberi tekanan besar kepada infrastruktur dan perkhidmatan bandarnya.

Bagi Melaka pula, perkembangan pesat di negeri ini mengakibatkan infrastruktur dan alam sekitarnya juga mengalami tekanan dalam pelbagai aspek seperti pengurusan air, pelupusan sisa pepejal, penggunaan tenaga yang diperbaharui dan perubahan cuaca.

Bagaimana kita hendak bertindak balas terhadap tekanan ini dan bagaimana kita berupaya menguruskan pusat-pusat bandar kita dan merancang untuk pengembangannya pada masa depan akan menentukan sama ada kelebihan kepada pembangunan ini akan dapat dikekalkan atau membawa bencana pula di masa hadapan.

Pembangunan alam sekitar yang berkesan memerlukan perancangan bersepadu di semua peringkat kerajaan dan swasta.

Pertimbangan lebih besar juga perlu diberikan kepada corak demografi dan penggunaan tanah bagi menjangka impak yang boleh terhasil daripada sesuatu projek pembangunan, bagi meminimumkan kerosakan kepada alam sekitar.

Satu inisiatif yang diambil Melaka bagi memastikan kelestarian alam sekitarnya ialah penglibatannya dalam inisiatif 100 Bandaraya Berdaya Tahan (100 Resilient Cities) yang memberi tumpuan kepada pengurangan risiko bencana berasaskan komuniti.

Keahlian Melaka dalam penglibatan ini meningkatkan kapasiti tempatan dan menyediakan akses kepada rangkaian bandaraya-bandaraya dunia dalam menanggapi cabaran berkaitan.

Menyelaras keutamaan kerajaan tempatan dan negeri secara bersepadu dalam mengkoordinasi usaha ini akan terus menguatkan usaha melestarikan alam sekitar di Melaka.

Usaha ini juga memerlukan sokongan dalam skala besar daripada setiap pelosok masyarakat untuk mencapai matlamat yang dicita-cita kan.

Mempercepatkan kerjasama pelbagai hala dan perkongsian amalan terbaik dengan lain-lain bandar dalam jaringan tersebut adalah satu usaha berharga yang perlu dikekalkan.

Penggunaan teknologi terkini juga boleh membantu menyelesaikan permasalahan alam sekitar di Melaka dengan lebih berkesan.

Dengan penggunaan teknologi berkaitan bandar pintar (Smart City) seperti penggunaan grid tenaga pintar, penguraian trafik secara masa nyata (realtime traffic monitoring), sistem pengurusan air yang pintar akan memudahkan pengurusan bandar-bandar dan daerah di Melaka dengan lebih berkesan.

Menyelaras inisiatif sedia ada dengan membuat pendekatan bersepadu ke arah pengurusan alam sekitar adalah sangat penting bagi memastikan inisiatif ini berjaya.

Namun cabaran berhubung dengan pembiayaan jangka panjang inisiatif ini boleh menjadi halangan dalam meneruskan hasrat mengekalkan kelestarian alam sekitar di Melaka.

Antara cabaran infrastruktur utama dan syor penambahbaikan bagi Melaka menurut kajian yang dijalankan Global Platform for Sustainable Cities, World Bank (GPSC) ialah:-

1. Pengurusan sisa pepejal

Pelaburan besar perlu dilakukan bagi meningkatkan kapasiti masa depan untuk merawat sisa pepejal melalui proses kitar semula, proses pembakaran sisa dan penghapusan sisa dari pusat pelupusan sampah.

Namun terdapat kebimbangan bahawa sisa pepejal semasa melebihi kapasiti pelupusan sampah sedia ada jika tiada usaha segera dilakukan dan perlu ada strategi jelas di peringkat negeri untuk mengurangkan pembuangan sisa pepejal dan organik di peringkat perbandaran pada masa hadapan.

2. Pengurusan air

Melaka mempunyai 100 peratus akses kepada air paip dan mempunyai rancangan untuk mengurangkan kerugian penggunaan dan pengagihan air.

Tarif air bersubsidi boleh mengehadkan insentif untuk penambahbaikan bekalan dan bagi memperbaiki infrastruktur bekalan air yang telah lama.

Keadaan ini mempunyai risiko besar kepada bekalan air di Melaka pada masa hadapan.

3. Tenaga dan gas rumah hijau (GHG)

Pada masa hadapan Melaka perlu meletakkan sasaran untuk melaksanakan inisiatif penjanaan tenaga yang boleh diperbaharui dan mengurangkan GHG dalam sektor pengangkutan yang bertanggungjawabkepada 29.8% daripada jumlah pelepasan GHG (International Council for Local Environmental Initiatives, ICLEI 2016).

Bagaimanapun, harga tenaga yang murah dan tiada pembangunan rangka kerja jelas bagi menilai had integrasi dan penerimaan penggunaan tenaga boleh diperbaharui serta pengurangan GHG boleh melemahkan inisiatif ini pada masa hadapan.

Berikut adalah antara tindakan dan syor untuk memperbaiki kelestarian alam sekitar di Melaka:

• Kenal pasti pemilik (ownership) projek utama dengan objektif strategik bagi melestarikan alam sekitar negeri. Dengan cara mengenal pasti pemilikan dan objektif yang jelas terhadap projek tersebut akan membolehkan fokus yang lebih kepada penilaian prestasi dan akhirnya kepada peruntukan belanjawan pelaksanaan yang lebih berkesan.

• Mengoptimumkan perkongsian pengetahuan sedia ada dan keupayaan teknikal dengan bandar-bandar berdaya tahan (100 Resilient Cities) yang disebutkan di atas tadi. Melalui koordinasi yang lebih baik secara dalaman dan luaran maka masalah yang timbul boleh dikenal pasti penyelesaiannya dengan segera bagi mencapai objektif negeri mampan.

• Membangun garis panduan prestasi yang jelas bagi pengurusan air di bangunan-bangunan dan kawasan bandar. Program kesedaran pengurusan dan kecekapan air perlu dilancarkan termasuk mekanisme menilai maklumat penggunaan air dan harga air yang komparatif bagi menggalakkan pengurangan penggunaan air berlebihan.

• Memanfaatkan data alam sekitar bagi membekalkan maklumat yang boleh membantu membangunkan dasar dan polisi di peringkat negeri. Rakyat Melaka perlu dilibatkan dalam pembuatan dasar dan pelaksanaannya melalui kempen awam, tinjauan dan program kesedaran tentang perlindungan alam sekitar, program kitar semula serta penggunaan air dan tenaga yang lestari.

• Alih atau hapuskan habitat semulajadi yang terdedah kepada banjir dari kawasan yang ditetapkan untuk pembangunan pada masa hadapan. Dasar boleh digubal bagi mengukuhkan kawalan pembangunan banjir dan amalkan rejim penyelenggaraan yang lebih baik bagi mengurangkan berlakunya kejadian banjir kilat.

• Meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan program kitar semula dan perlindungan kepada alam sekitar. Perhatian khusus perlu diberikan kepada pengurusan sisa organik yang merupakan 60% ke 70% daripada jumlah keseluruhan sisa buangan.

• Mengurangkan pelepasan GHG dengan meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan tenaga yang menggalakkan kecekapan. Negeri Melaka perlu membangunkan perancanganguna tenaga dengan menentukan sasaran pembangunan penggunaan tenaga yang bersih dan boleh di perbaharui untuk kegunaan di masa hadapan.

Yusri Sahat

Leave a Comment
Share
Published by
Yusri Sahat

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

11 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago