Categories: KebajikanMAIMMELAKA

7 sekeluarga tinggal di teratak usang terima bantuan

UMBAI 10 Jan. – Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Mungkin itu pepatah yang sesuai untuk menggambarkan kepayahan hidup tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di sebuah rumah usang bersama ibu yang lumpuh, di Kampung Bukit Larang, di sini.

Kepayahan hidup keluarga terbabit disaksikan sendiri Skuad Agihan Zakat (SAZ) Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) ketika berkunjung ke teratak usang keluarga berkenaan dalam sesi ziarah kasih, baru-baru ini.

Menurut satu kenyataan, ketua keluarga, Ahmad Yatim Ismail, 36, yang hanya bekerja mengambil upah di ladang kelapa sawit hanya mampu membina rumah yang serba daif di tanah tumpangan saudaranya.

Lebih menyedihkan, dia dan isteri, Esterina Ismail, 27, juga perlu menjaga ibu yang lumpuh, Rahimah Muhamad, 72, bersama ibu saudara Che Siti Ramlah, 58, yang mempunyai masalah kemurungan, selain perlu membesarkan tiga anak yang masih kecil.

Pada sesi ziarah itu juga, pegawai SAZ mendapati keluarga berkenaan terpaksa tidur berlapikkan tilam usang dan lebih memeranjatkan mereka tidak mempunyai dapur untuk memasak, sebaliknya hanya menggunakan ‘tungku’ untuk memasak nasi bagi mengalas perut seisi keluarga setiap hari.

Melihat kepada kedaifan hidup keluarga berkenaan, SAZ menyampaikan bantuan kewangan kecemasan dan barangan keperluan dapur dalam sesi lawatan berkenaan.

“Semoga kegembiraan yang terukir di wajah anak-anak ini ketika pihak SAZ menyampaikan zakat menjadi sinar kebahagian mereka sekeluarga dalam meneruskan kehidupan.

“Adalah diharapkan agar kemiskinan yang ada pada hari ini tidak akan diwarisi anak-anak ini yang masih tidak mengerti erti hidup sebenar di dunia ini dan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah serta akan membantu kedua ibu bapa mereka suatu hari nanti,” kata kenyataan itu.

Mohamad Fazrul Abdul Majid

Leave a Comment
Share
Published by
Mohamad Fazrul Abdul Majid

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

3 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago