Categories: BencanaMELAKA

7 mangsa ribut terima bantuan

SUNGAI UDANG 14 Jan. – Tujuh buah rumah di Bertam Hulu rosak teruk akibat ribut dengan anggaran kerosakan mencecah RM50,000, kelmarin.

Menurut Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, Mohd Lokman Abdul Ghani, kejadian yang berlaku pada jam 2.30 petang itu menyaksikan beberapa atap dan siling rumah mangsa rosak diterbangkan angin.

“Difahamkan kesemua mangsa kini menumpang di rumah saudara mara mereka, sementara rumah dibaiki.

“Ketua Menteri, Adly Zahari turut membuat lawatan ke kawasan terlibat semalam (Isnin).

“Bantuan juga telah disampaikan kepada keluarga mangsa terlibat dari beberapa agensi kerajaan antaranya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Pejabat Ketua Menteri, Pejabat Daerah Melaka Tengah diikuti beberapa badan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

Jelasnya, Ahli Parlimen Tangga Batu, Prof. Dr. Rusnah Aluai dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Datuk Gue Teck turut hadir menyampaikan bantuan.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

3 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago