65 peserta tamatkan XPDC Kayak Jalur Gemilang 2.0 2019

65 peserta tamatkan XPDC Kayak Jalur Gemilang 2.0 2019

Ayuh semarakkan lagi sambutan Hari kemerdekaan negara kita

BANDA HILIR 11 Sept. – Seramai 65 peserta menyertai Program Ekspedisi Kayak Jalur Gemilang 2.0 2019 sejauh 30 kilometer bermula dari pesisiran Pantai Puteri ke Sungai Melaka Fasa 2 di Peringgit, baru-baru ini.

Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Melaka dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) dan Kelab Sukan dan Rekreasi REDTMA itu turut disertai Exco Komunikasi, Multimedia, NGO, Pembangunan Belia dan Sukan, Kerk Chee Yee dan Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Azlan Abidin.

Hadir melepaskan peserta di Pantai Puteri, Pengarah JBS negeri, Marina Nafi.

Ekspedisi Kayak Jalur Gemilang 2.0 2019 diadakan bermatlamat menyemai semangat patriotisme khususnya dalam kalangan belia dan menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta.

Antara peserta yang terlibat adalah 46 warga JBS termasuk jurulatih dan selebihnya ahli-ahli Kelab Rekreasi dan Kebajikan PPSPM.

 

Oleh AZHAR YUSOF

 

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES