Categories: MELAKA

63 sekolah terima tiket percuma

BANDARAYA MELAKA 12 Julai – Sebanyak 31,343 tiket percuma ke The Shore Oceanarium telah diberikan kepada 63 buah sekolah di Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang oleh Pengarah Urusannya, Chew Chert Fong, Khamis lalu.

Chert Fong berkata, pemberian tiket dianggar bernilai RM783,575 itu sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat untuk memberi pendedahan kepada masyarakat khususnya pelajar sekolah tentang hidupan laut.

Menurutnya, pihaknya ingin golongan murid memanfaatkan masa cuti sekolah mereka bersama keluarga tersayang dengan mempelajari sesuatu yang bermanfaat khususnya tentang hidupan laut.

“Pada masa sama, mereka juga dapat pendedahan tentang teknologi terkini seperti Augmented Reality dan Panggung Wayang 8 Dalam 1 Kesan Khas (Special Effects).

“Dengan cara ini, ia juga dapat menanam minat pelajar menjadi penyelidik haiwan laut dan juga mengambil berat isu tentang penjagaan hidupan laut sebagai tanggungjawab bersama,” katanya.

Sejak dibuka pada Disember 2014, The Shore Oceanarium Melaka telah menderma sebanyak 1.2 juta tiket percuma dengan nilai RM30,041,525 kepada sekolah-sekolah dan pusat-pusat kebajikan seluruh Malaysia.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago