Categories: Aduan RakyatMELAKAPBT

600 rumah diperiksa dalam ops denggi

LIMBONGAN 4 Nov. – Kira-kira 600 rumah di Taman Limbongan Permai di sini diperiksa dalam operasi mencegah denggi di sini baru-baru ini.

Pengerusi Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK) Lorong Pandan, Azizul Adnan berkata, operasi itu berikutan taman tersebut adalah salah satu ‘hotspot’ kes denggi di negeri ini.

Sepanjang tahun ini menurutnya, terdapat satu kematian dan lima kes denggi berlaku di kawasan itu.

“Operasi dijalankan sejak dua minggu lalu untuk mengenal pasti kawasan dan rumah terlibat dengan kes ini.

“Dilaporkan enam rumah disaman kerana terdapat pembiakan nyamuk aedes ataupun penemuan jentik-jentik di kediaman mereka,” katanya kepada MelakaKini.

Jelas Azizul, operasi terbabit melibatkan MPKK, Penguatkuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Jabatan Kesihatan Melaka Tengah.

“Ketika pantauan dilakukan, kita lihat banyak bekas plastik, tong kosong dan lain-lain barangan yang boleh menjadi punca habitat dan pembiakan aedes ditemui.

“Saya minta penduduk di sini ambil serius mengenai masalah ini dan menjaga kebersihan tempat tinggal kerana denggi boleh mengakibatkan maut,” katanya.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 days ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

2 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

2 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

2 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

2 months ago