6 RESORT/CHALET untuk tenangkan fikiran di LUAR BANDAR MELAKA, No.5 tu rare!

INGIN lari dari kesibukkan kota dan mencari lokasi percutian yang jauh dari bandar untuk menenangkan fikirkan. Mungkin ini antara tempat yang boleh anda fikir-fikirkan.

1.PHILEA RESORT & SPA

TERLETAK hampir 20 kilometer dari kesibukan kota, ia merupakan antara lokasi terbaik buat anda untuk berehat-rehat dan mencari ketenangan. Menerusi laman Trivago, harga sebilik boleh didapati pada harga sekitar RM360, bergantung pada musim dan kekosongan. Persekitarannya juga amat menenangkan dengan dikelilingi rumah kayu dan bunyi-bunyian kolam yang mengasyikkan.

2.A FAMOSA RESORT

BAGI mereka yang ingin bercuti jauh dari bandar dan inginkan aktiviti sambil bercuti, mungkin ini lokasi yang patut anda fikir-fikirkan. Lokasinya juga mudah dijumpai, terletak berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, jika masih tidak tahu, Waze sahajalah. Untuk keselesaan dan kepuasan hati pelanggan, A Famosa Resort telah menyediakan 3 jenis tempat penginapan, samada anda ingin resort hotel, condo atau villa dengan harga berpatutan. Bilik-bilik tersebut dihiasi dengan perabot standard dengan pemandangan padang golf yang tenang beserta balkoni yang luas. Kesemua bilik dilengkapi dengan kemudahan yang mencukupi untuk memastikan penginapan yang selesa

3.THE HUT, SERKAM

Sebut saja Serkam, pastinya ramai yang terliur dengan bayangan ikan bakar. Tetapi ramai tidak tahu di sana terdapat juga pusat percutian untuk bermalam yang menarik. The Hut merupakan lokasi penginapan yang penuh dengan nilai-nilai tradisi. Ia dibina dengan menggunakan semula kayu-kayu lama bersama atap nipah yang menyerlahkan lagi unsur-unsur perkampungan Melayu.
Mempunyai 5 buah bilik – 2 buah bilik dengan 1 katil Queen dan 3 buah bilik dengan 2 katil single, yang boleh disewakan secara berasingan atau kelima-lima bilik sekali.

4. LIMASTIGA HOMESTAY, UMBAI

LIMASTIGA Homestay menawarkan penginapan menarik berkonsepkan private vacation villa sesuai untuk mereka yang bercuti dalam ahli yang agak ramai. Penginapan menarik yang menggabungkan gaya perkampungan tradisi dan kemudahan moden ini sangat sesuai jika anda merancang family outing atau gathering bersama ibu bapa, anak-anak, adik-beradik dan ipar-duai kerana ianya disewakan secara keseluruhan. Ini sekali gus memberi ‘privacy’ untuk anda sekeluarga kerana tiada orang lain yang dibenarkan memasuki kompaun percutian anda semasa menginap di sini!

5.THE ORCHARD WELLNESS AND HEALTH RESORT, LUBOK CHINA

PERKHIDMATAN spa memang sudah menjadi kebiasaan, namun The Orchard melangkah lebih jauh dengan menawarkan pelbagai program kesihatan di resort mereka. Jangan risau jika health regime anda kucar-kacir semasa percutian. Anda boleh beristirahat sambil mengikuti program yang sesuai di sini seperti Fitness and Weight Management, Medical Anti-aging and Stem Cell, De-stress and Discharge Holiday dan Diabetic Management. Bukan itu sahaja, kepada mereka yang mahukan rawatan tradisional, The Orchard turut mempunyai pengamal Ayurveda yang didatangkan dari India dan pengamal Perubatan Tradisional Cina yang didatangkan dari Negara China sebagai usaha untuk mencapai kesihatan yang holistik walaupun sedang bercuti!

Di sini, bukan hanya kesihatan anda diberi perhatian, malah anda juga boleh memanfaatkan pelbagai kemudahan yang disediakan seperti kolam renang, thermal pool, Himalayan crystal salt room, tea salon, menyertai fitness class, membaca buku di perpustakaan, menonton movie di amphitheatre atau bersiar-siar di ladang buah-buahan.

6.DESA BALQIS BEACH RESORT, KUALA TINGGI

DESA ini menempatkan beberapa buah rumah kayu Melayu yang diberi sentuhan kontemporari dan merupakan lokasi ideal untuk mereka yang mencari ketenangan jauh dari hiruk pikuk kota.
Terdapat 20 jenis kediaman disediakan di sini. Menariknya, kediaman-kediaman di sini diberi nama pangkat dalam keluarga iaitu Pak Long, Pak Ngah, Pak Lang, Pak Ndak, Balqis, Mama, Penghulu, Atuk, Nenek, Pak Cik, Bilik Adik, Bilik Kakak, Kak Long, Kak Ngah, Kak Lang, Kak Chik, Pak Su, Pak Teh, Hj. Mat Zin dan Pak Anjang. Harga bermula daripada RM140 untuk seorang (Bilik Adik dan Bilik Kakak). Kediaman paling besar adalah Pak Ngah dan Pak Lang yang boleh menempatkan sehingga 15 orang. Kemudahan yang disediakan termasuklah kolam renang, padang bola dan pit barbeku.

Dengan binaan kayu, tingkap berwarna warni, laman terjaga rapi serta pemandangan menghadap laut, Desa Balqis amat sesuai bagi mereka yang merindui kehidupan kampung.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan
Tags: evergreen

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

4 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

4 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

4 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

4 months ago