Categories: HIBURANMELAKA

6 finalis bakal berentap rebut gelaran juara GV6

PENTAS akhir Gegar Vaganza (GV6) minggu hadapan bakal menyaksikan pertarungan sengit antara enam finalis iaitu Naqiu, Hady Mirza, Jatt, Nur Fatima, Sham dan One Nation Emcees.

Pemilihan mereka ke pentas akhir sekali gus menyebabkan dua peserta Wann dan Noorshila Amin tersingkir pada minggu itu.

Bertemakan ‘Road To Final’, Wann mendendangkan dua lagu iaitu Ku Gembira Di Sampingmu dan Dua Insan dipersembahkan bersama Zarul Umbrella.

Manakala Noorshiela pula berpadu suara dengan Ifa Raziah mendendangkan lagu Dialah Di Hati dan Kerna Terpaksa secara solo.

Semua peserta diadili juri profesional iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk M Nasir.

Format pemarkahan pula masih sama yang mana 100 peratus diadili juri profesional iaitu Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang.

Sementara itu, pentas akhir nanti menuntut semua peserta membuat persembahan solo dan battle.

Lagu solo adalah Ku Bersuara (Ernie Zakri), Srikandi Cintaku (Bloodshed), Without You (Harry Nilson), Melompat Lebih Tinggi (Shiela On 7), Insan (Yantzen) dan Haruskah Diuji (Farish).

Bagi pusingan battle pula, mereka perlu berentap menerusi lagu Haa Tepok (MeerFly ft MK K-Clique & Kidd Santhe), In The End (Linkin Park) dan Angguk-angguk Geleng-geleng (Ahli Fikir).

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

4 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

6 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

6 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

6 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

6 months ago