6 destinasi pelancongan baharu ‘baik punya’ di Melaka

MELAKA sememangnya terkenal dan popular sebagai destinasi pelancongan mempunyai tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. Tidak hanya kawasan bersejarah, ia juga popular dengan pelancongan kebudayaan, makanan dan taman tema. Dari semasa ke semasa, pelbagai tarikan baharu di negeri ini telah dibangunkan pelbagai pihak khususnya kerajaan negeri, syarikat swasta dan sebagainya. MelakaKini tidak terkecuali menyenaraikan beberapa tarikan baru di negeri ini yang mungkin ramai tidak tahu kewujudannya.

1. VINTAGE NIGHT MARKET

Bagi peminat barang-barang ‘rare’, pasar malam yang dibuka setiap hari Jumaat hingga Ahad di Jalan Hang Tuah ini adalah port terbaik untuk mereka. Selain terdapat barang terpakai atau ‘bundle’, peniaga di sini turut menjual pelbagai koleksi barangan yang sukar didapati di mana-mana. Sama ada barangan tempatan atau luar negara, ia pasti membuatkan pengunjung teruja.

2. GHOST MUSEUM MELAKA

Nak cuba kelainan? Jom ramai-ramai jenguk pelbagai jenis spesis hantu yang ada di sini. Terletak di Kampung Hulu, dikatakan terdapat berpuluh hantu yang sedia menunggu anda di sini.

Kalau nasib baik, takdelah kena ‘prank’ dengan hantu-hantu ni. Harga tiketnya pula hanya RM28 untuk dewasa dan RM16 untuk kanak-kanak/pelajar.

3. MELAKA BIRD PARK

Taman burung ini baharu saja beroperasi sejak ditutup September tahun lalu untuk kerja-kerja menaik taraf. Mungkin peluang ini boleh digunakan oleh ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka ke sini sempena cuti sekolah. Selain dapat meluangkan masa bersama, anak-anak juga dapat mengenali lebih dekat mengenai spesis burung yang ada dan memberikan pengalaman baharu kepada mereka.

4. PIRATES ISLAND

Jika dulu tempat ini dikenali sebagai Gold Coast tetapi ia telah pun bertukar pengurusan. Apa yang menarik taman teman ini menampilkan persekitaran bertemakan lanun yang menjadi salah satu tarikan berbeza. Anak-anak juga mungkin lebih tertarik kerana ramai lanun-lanun beraksi di sini.


5. SPRING IN THE OCEAN

Ia merupakan The Shore Oceanarium fasa kedua yang mana telahpun dibukan sejak 1 Disember lalu. Antara tarikan utama untuk fasa kedua ini adalah Oceanarium Aquarist Lab, ‘Ray Tunnel’ yang mempamerkan ‘Cownose Ray’ dan ‘Schooling Fish Tunnel’. Terdapat juga persembahan Music Sound of Sea’ yang menampilkan Dancing Musical Light Aqua Theatre menggabungkan kombinasi muzik, lampu dan ‘LED Air Bubble Curtain’.

6. UK FUN PARK

Taman permainan ini antara yang sentiasa dinantikan ramai.

Bukan sahaja memiliki pelbagai mainan untuk golongan dewasa tetapi kanak-kanak tidak ketinggalan.

Apa yang menarik terdapat lebih 20 permainan menanti anda di sana.

Apa tunggu lagi, jom bawa keluarga berseronok di UK Fun Park yang sedang dibuka di Pantai Klebang ini.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago