Categories: KebajikanMELAKA

6 beradik yatim bertemu bapa di penjara

AYER KEROH 30 Mei – Suasana pilu menyelubungi Penjara Sungai Udang apabila enam beradik yang kehilangan ibu dalam kemalangan jalan raya di Lubuk China pada 25 April lalu, dibenar melawat bapa mereka selama 45 minit di penjara itu di sini semalam.

Kesemua mereka yamg berusia antara setahun setengah hingga 12 tahun dibawa pihak Jabatan Penjara Sungai Udang dari rumah datuk saudara mereka, Sajirin Kassim, 58, di Kampung Legong Ulu, Kota, Rembau.

Bapa kepada enam beradik malang itu sedang menjalani hukuman selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dan ganja.

Menurut Timbalan Penguasa Penjara Sungai Udang, Mohd. Sazeli Mohd. Noor berkata, enam beradik berkenaan turut dibawa berjalan membeli pakaian raya di kompleks beli-belah Mydin Ayer Keroh.

“Kisah enam beradik ini amat menyayat hati kami tatkala umat Islam lain sibuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri, mereka pula terpaksa menyambut dalam keadaan suram selepas kehilangan ibu dan bapa yang dipenjarakan.

“Jadi pihak kami mengambil tanggungjawab mengadakan pertemuan antara keduanya, selain memberi mereka ruang membeli baju melayu kegemaran dan menyampaikan sedikit sumbangan raya,” katanya kepada MelakaKini.

Jelasnya, perjumpaan yang diadakan juga adalah pengajaran kepada pesalah untuk menginsafi kesalahan dan memikiran keluarga setiap kali ingin melanggar undang-undang.

“Dengan cara ini kita berharap menjadi pengajaran kepada pesalah untuk tidak lagi mengulangi kesilapan lampau,” katanya.

Difahamkan, bapa kepada enam beradik berkenaan menjalani baki hukuman di Penjara Sungai Udang selama dua bulan lagi, sebelum diparolkan selama setahun.

Yusri Sahat

Leave a Comment
Share
Published by
Yusri Sahat
Tags: Kebajikan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago