Categories: MELAKA

6 beradik diiktiraf kewarganegaraan

MASJID TANAH 22 Mei – Dilema bertahun tidak diiktiraf kewarganegaraan menjadikan enam beradik tidak mengecapi pendidikan sehinggakan berlakunya keciciran.

Niat bagi mendapatkan pendidikan di sekolah terpaksa dibatalkan akibat tidak memiliki sijil surat beranak dan kad pengenalan sejak kecil lagi.

Pada laporan disiarkan MelakaKini lalu, kesemua beradik tersebut kadang kala terpaksa bersembunyi di rumahnya akibat dipandang rendah masyarakat malah diejek rakan seusianya.

Rentetan itu, Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samdsudin mengambil tindakan pantas menyelami nasib enam beradik itu.

Menurutnya, pihaknya komited bagi menyelesaikan masalah itu dan telah dibantu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) serta pucuk pimpinan masyarakat di kawasan itu.

Ujarnya, tindakan pantas itu seharusnya dilaksanakan semua peringkat pimpinan negeri ini malah masyarakat yang mempunyai masalah sama perlu melaporkan kepada pucuk pimpinan masyarakat supaya ianya akan diketengahkan dan diselesaikan pihak seterusnya.

“Saya rasa sangat sedih dan terharu bila dapat tahu masalah yang dihadapi kanak-kanak ini kerana tidak mendapat pendidikan disebabkan tidak memiliki pendaftaran yang sah.

“Kita akan memprejudiskan masa depan mereka sekiranya kita biarkan dan tidak bersama dalam membantu menyelesaikan permasalahan seperti ini.

“Bagi kes seperti ini kita akan cuba dapatkan bantuan dan pandangan beberapa pihak di mana kanak-kanak yang keciciran ini sekiranya mereka boleh menjurus kepada bidang kemahiran, kita akan cuba dapatkan pengajian secara ‘fast track’,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan dan kad pengenalan kepada enam beradik tersebut di rumahnya, di Kampung Paya Lebar, di sini baru-baru ini.

Pada masa sama, beliau berkata, dengan kad pengenalan yang dimiliki kanak-kanak tersebut mampu menjadikan platform bagi mendapatkan manfaat yang ada seperti pendidikan supaya mampu memberi sinar baharu kehidupan keluarga itu.

“Kanak-kanak ini perlu dapatkan pendidikan untuk mengubah nasib keluarga mereka.

“Pendidikan adalah sangat penting yang mampu menjadikan kita terkeluar daripada garis kemiskinan malah mampu membezakan diri kita menjadikan antara golongan terpelajar.

“Biarlah kemiskinan itu dimiliki oleh ibu dan ayah tapi cuba buktikan kemiskinan itu bukan untuk diwarisi,” katanya.

Faiz Hasan

Leave a Comment
Share
Published by
Faiz Hasan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago