58 PENCAPAIAN paling ‘GEMPAK’ di bawah KERAJAAN PH Melaka

58 PENCAPAIAN paling ‘GEMPAK’ di bawah KERAJAAN PH Melaka

Wajib untuk korang tahu!

SEJAK mengambil alih pentadbiran negeri Melaka selama setahun enam bulan, pelbagai pembaharuan dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang diketuai oleh Ketua Menteri, Adly Zahari. Berikut MelakaKini rangkumkan 58 pencapaian paling ‘gempak’ yang telah dilakukan kerajaan negeri:

1. Tubuh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Melaka (MELCAT)

2. Lantik Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang diketuai ahli dewan undangan negeri (ADUN) bukan kerajaan

3. Utamakan tender terbuka termasuk Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS)

4. Hadkan Ketua Menteri hanya 2 penggal

5. Membenarkan MELCAT menyoal siasat Ketua Menteri dan wakil pembangkang juga boleh bertanya Ketua Menteri dalam siasatan MELCAT tersebut

6. Kekalkan langkah-langkah penjimatan (contohnya bil elektrik hanya RM2,000++ di bawah Ketua Menteri sekarang berbanding RM30,000 oleh kerajaan terdahulu)

7. Sidang DUN berlangsung selama 7 hari (Soalan yang tidak dijawab dalam sidang DUN akan tetap dijawab dalam bentuk bertulis)

8. Iktiraf ADUN-ADUN bukan kerajaan dengan beri peruntukan untuk pentadbiran pusat khidmat

9. Tubuh Institut Tun Perak (mengkaji dasar-dasar negeri dan masukkan pakar profesional dalam dasar pentadbiran kerajaan negeri)

10. Rasionalisasikan syarikat berkaitan kerajaan – GLC (daripada 84 kepada 50)

11. Lantik jururunding untuk pastikan kawasan tambakan laut mengekalkan hak rakyat untuk masa depan

12. Dipilih United Kingdom dalam kerjasama Prosperity Fund Global Future City (2 kajian akan dibuat pada 2020 berhubing Green Transport Coridor dan Heritage Area Integrated Mobility Plan)

13. Wujudkan aplikasi Respons Rakyat (RR – salurkan aduan, cadangan melalui satu aplikasi)

14. Tingkatkan hasil kerajaan negeri sebanyak RM34 juta pada 2018

15. Kurangkan defisit RM53 juta pada 2018

16. Kurangkan hutang awam (sebanyak RM10 juta pada 2019)

17. Kurangkan pendahuluan hutang yang dibuat kerajaan terdahulu

18. Memajukan Pelabuhan Tanjung Bruas (daripada 408 kapal pada 2016 kepada 762 kapal beroperasi 2019)

19. Mulakan pelabuhan kontena di Pelabuhan Tanjung Bruas dengan sasaran 15,000 TEU (Twenty-Foot Equivalent Unit) pada penghujung 2019

20. Menyelesaikan isu persempadanan dengan Negeri Sembilan untuk membangunkan KLIP – Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (isu sempadan tertangguh sejak 2014 dan telah memuktamadkan sempadan maritim yang tidak pernah dibuat mana-mana negeri dalam Malaysia)

21. Lulus usul Kumpulan Wang Amanah Simpanan (KWAS) Negeri Melaka

22. Dasar perumahan – kekalkan rumah kos rendah, bina Rumah Mampu Milik (RMM), perkenal Rumah Harapan (RM85,000), Skim Rumah Belia dan Rumah Berkat

23. Rumah sewa RM150 kepada golongan muda

24. Rumah Peduli kepada yang benar-benar memerlukan

25. Perkenal Projek Rumah Digital untuk golongan M40

26. Projek Empangan Jernih diluluskan

27. Lulus Projek Off River Storage (ORS) Tasik Biru

28. Parkir percuma setiap Sabtu dan Ahad

29. Bas percuma

30. Perkenal Dasar Nominal (untuk kampung baru hanya perlu bayar RM1,000)

31. Perkenal tanah penempatan pajakan oleh masyarakat Melayu yang boleh ditukar kepada Tanah Adat Melaka (MCL) dengan bayaran nominal RM1,000

32. Permudahkan lanjutan tempoh pajakan

33. Bangunkan Request for Proposal (RFP) untuk membangunkan loji yang menukarkan sisa pepejal kepada tenaga (WTE) di Sungai Udang pada bulan Disember 2019

34. Perkenal lampu isyarat pintar

35. Bangunkan Melaka Smart City Advisory Council (SCAC) bagi memastikan program pintar berjalan

36. Program Kebajikan – Dana Harta Bumiputera (Pinjaman perumahan bagi golongan B40 & M40)

37. Pemberian susu formula percuma

38. Pemberian lampin pakai buang dewasa percuma

39. Susun semula E-Kasih daripada 28,000 kepada 24,000 penerima

40. Perkemas bantuan MAIM

41. Perkenal Kad Peduli Kesihatan

42. Bantuan kepada pesakit kronik

43. Mulakan pinjaman mikro kredit melalui Amanah Finance House (AFH)

44. Dermasiswa pelajar melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah

45. Penajaan pelajar peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT)

46. Peruntukan RM1 juta bagi anak Melaka sambung belajar di KUIM (RM1,000 setiap pelajar)

47. Dermasiswa 2020 khusus untuk bidang teknikal dan TVET

48. Peruntukan SJKT Jasin Lalang daripada RM2 juta kepada RM3.5 juta

49. Pertingkat nurseri/pusat asuhan kanak-kanak di tempat kerja

50. Lakukan pelbagai inisiatif melalui PERZIM sempena Tahun melawat Malaysia 2020 (TMM2020)

51. Encore beri insentif kepada anak Melaka

52. Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) tingkat kadar pengguna daripada 51,232 kepada 133,612 orang

53. Perkenal Batik Melaka

54. Ambil alih Zoo Melaka (bawa masuk harimau putih).

55. Pastikan pembangunan Ayer Keroh Country Club (AKCC) untuk masa hadapan

56. Tingkat hasil zakat daripada RM95 juta (2018) kepada RM104 juta (2019)

57. Giatkan bantuan kepada golongan asnaf (peruntuk lebih RM196 juta kepada 51,864 penerima yang layak)

58. Memastikan jawatankuasa masjid terdiri daripada kalangan ahli qariah

CATEGORIES