Categories: MELAKAPELANCONGAN

500 peserta gegar arus Sungai Melaka

PESERTA Perlumbaan Perahu Naga Piala Gateway 2018 sedaya upaya mengerah tenaga memastikan kemenangan pasukan mereka.

SEKURANG-kurangnya 40 pasukan melibatkan lebih 500 individu mengesahkan penyertaan dalam Perlumbaan Perahu Naga Piala Gateway 2018 bagi kali ke-35 tahun ini.

Dianjurkan bersama Kerajaan Negeri Melaka menerusi agensi KAJ Development Sdn. Bhd. dan Persatuan Perahu Naga, penyertaan kali ini menyaksikan tiga pasukan korporat turut sama menyertai perlumbaan ini menerusi Kategori Terbuka.

Pengerusi Pengelola Pertandingan yang juga Pengarah Eksekutif Melaka Gateway, Datuk Dr. Siow Seng Choon berkata, penganjuran kali ini berjaya memikat penyertaan pencinta sukan perahu naga luar negara.

“Selain penyertaan domestik dari Melaka serta lain-lain negeri, pihak sekretariat turut menerima borang permohonan dan penyertaan dari New Zealand, Iran, Brazil dan China.

“Penyertaan dari China saja direkodkan sebanyak tiga iaitu Shanghai, Beijing dan Shenzhen.

“Ini menunjukkan perlumbaan perahu naga bukan saja pertandingan tradisional, tetapi pertandingan yang dikomersilkan ini berjaya memikat penyertaan antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Perasmian Perlumbaan Perahu Naga Piala Gateway 2018 di Dataran Sungai Melaka, di sini.

Sementara itu, Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan Melaka, Zairi Suboh mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perbadanan Pembangunan Sungai & Pantai Negeri Melaka (PPSPNM) ekoran kerjasama yang diberikan hingga membolehkan program berprestij tahunan ini dianjurkan.

Hadir sama dalam majlis perasmian itu, Presiden Persatuan Perahu Naga Negeri Melaka, Datuk Wong Soo Tang dan Ketua Pegawai Eksekutif PPSPNM, Azlan Abidin.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago