Categories: EvergreenMELAKA

5 sebab BACKPACKERS harus ke Melaka. Nombor 3 tu tarikan utama!

MELAKA memang gempak dengan pusat pelancongan, keindahan alam sekitar dan kemeriahan budaya. Kalau anda sebagai ‘backpackers’ pastinya ini antara lokasi yang wajib anda lawati. Jadi baca lima sebab mengapa anda sebagai backpackers wajib ke negeri kelahiran Hang Tuah dan lima bersaudara.

1.MAKANAN BAJET BERSEPAH-SEPAH

Selain asam pedas yang boleh didapati dengan harga serendah RM7, ada juga nasi kukus yang dijual sekitar RM5 beserta air. Gerai kuih-muih juga banyak di Melaka, selain di kawasan kampung, gerai kuih tradisi juga banyak di kawasan bandar. Pastinya bajet menjadi antara perkara utama, jadi untuk backpackers, makan, minum bukan lagi masalah utama.

2.PENGINAPAN MURAH DAN BANYAK

Sebagai backpackers, lokasi penginapan murah dan selesa juga antara perkara penting yang sentiasa dititikberatkan. Siapa yang nak tidur dalam keadaan tak selesakan? Di Melaka terutamanya di kawasan bandar, sebaik memasuki jejambat atau susur ke bandar, tulisan rumah tumpangan dan penginapan yang murah pastinya tidak lekang dari mata anda. Apatah lagi kini pula terdapat apslikasi seperti Airbnb dan Oyo yang memudahkan anda mencari penginapan yang murah yang adakalanya mencecah RM20 sebilik semalam. Jadi tiada alasan lagi untuk anda ke Melaka.

3.LOKASI PELANCONGAN YANG PELBAGAI

Bercerita tentang pelancong, memang terlalu banyak untuk diceritakan. Dari bandar Melaka hingga ke pelusuk kampung, pastinya terdapat sejarah yang pasti akan mengujakan anda. Jika anda pencari kebenaran yang ditinggalkan, Melaka adalah tempat terbaik bagi anda. Bukan sahaja Kota A’Famosa, Kota Supai tetapi, pelbagai lagi tempat bersejarah, bahkan sekitar kawasan kampung juga terdapat lagi kawasan pelancongan terpencil yang tidak diua-uarkan bagi menjaga eksklusif buat sebahagian orang.

4.TERLALU BANYAK AKTIVITI LUAR

Perkara ini mungkin antara yang kurang mendapat perhatian. Tetapi di Melaka di mana terdapat kawasan hutan yang masih belum terjejas, pastinya terdapat pelbagai aktiviti yang pasti menarik perhatian. Bukan setakat flying fox, tetapi lebih dari itu, aktiviti kebudayaan juga masih lagi diamalkan kebanyakan masyarakat setempat, jadi mengapa tidak ke Melaka?

5. KEMUDAHAN PENGANGKUTAN AWAM

Penggunaan e-hailing mungkin antara perkara yang menjadi perhatian backpackers yang masyuk untuk berjalan-jalan jika malas berjalan kaki. Tetapi bagaimana yang memiliki bajet yang terhad, jadi di sini nampak betapa pentingnya kemudahan awam. Dengan khidmat yang ditambah baik, khidmat bas henti di Melaka masih lagi mengekalkan tambang yang murah. Dan terdapat beberapa lokasi dimana kerajaan negeri telah menyediakan khidmat bas percuma. Jadi tiada sebab untuk anda tidak ke Melaka untuk melihat sendiri suasana negeri ini.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan
Tags: evergreen

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

4 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

6 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

6 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

6 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

6 months ago