5 SEBAB anda perlu ke GCF 2019

5 SEBAB anda perlu ke GCF 2019

Marilah... Confirm best!

SETIAP tahun bukan saja orang Melaka tetapi pengunjung dari dalam dan luar negara tidak ketinggalan hadir ke Festival Antarabangsa Sungai Melaka.

Berbeza tahun ini, ia telah diangkat sebagai Grand Cultural Festival yang mana sudah pasti lebih meriah dan gempak berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Jom kita lihat apa menarik sepanjang 12 hari ia berlangsung bermula 21 November hingga 1 Disember ini di Dataran Pengkalan Rama, Melaka.

No 5 tu, memang dinanti-nantikan semua pengunjung.

1. Paluan gendang dari 1,500 peserta dari seantero dunia yang akan menggegarkan bumi Hang Tuah pastinya menjadi tarikan utama bagi festival ini yang bakal dicatatkan dalam Malaysia Book Of Records.

2. Lebih 20 buah negara antaranya Mexico, Bulgaria, Korea Selatan, Uzbekistan, Kazakhstan dan beberapa negara-negara jiran mengesahkan menyertai GCF2019.

3. Lebih 30 acara dirangka sepanjang 12 hari nanti dan siapa tahu, hadiah menarik dan cabutan bertuah bakal di bawa pulang oleh anda.

4. Selain persembahan kebudayaan, peminat seni mempertahankan diri jangan lepaskan peluang menyaksikan persembahan wushu dan kejohanan air Muay Thai yang akan menampilkan peninju dari Thailand, Myamar, Singapura, Indonesia, Laos dan Filipina.

5. Tak lengkap festival ini tanpa persembahan dari artis terkenal tanah air. Kalau nak tengok Siti Nordiana, Khai Bahar, Sherry Alhadad, Naim Daniel, Harris Baba dan Faizal Tahir secara ‘live’, jangan lepaskan peluang anda hadir ke festival ini.

CATEGORIES
TAGS