5 port pelancongan HOT di Melaka. NO.1 tu memang penuh beb!

MELAKA memang terkenal dengan tempat-tempat yang menarik. Adakala sampai kita tak tahu nak ke mana sebab terlalu banyak port-port yang best. Menerusi survey dibuat di Tripadvisor, terdapat beberapa kawasan yang menjadi tumpuan pengunjung di negeri ini. Cuba usha-usha, mana tau korang boleh jadikan rujukan bila ke negeri ni. No. 1 tu, memang jadi tumpuan!

1. JONKER STREET


Lebih 5,000 komen mengenai Jonker Street di Tripadvisor. Menariknya, bukan saja Melayu, tapi Cina, India malah pelancong asing juga turut
menggemarik dan menikmati keunikkan tempat ini. Selain mempunyai tarikan tersendiri, Jonker Street salah satu port paling happening untuk lepak, makan dan bergambar.

2. RED SQUARE (DUTCH SQUARE)


Orang Melaka panggil atau kenal tempat ni dengan nama bangunan Merah. Kat sini pun salah satu port untuk bergambar kalau datang ke Melaka. Menurut komen di Tripadvisor mereka suka ke sini sebab terdapat kiosk yang jual cenderahati, ada orang buat persembahan busking, pertunjukan ular dan banyak lagi.

3. MELAKA RIVER CRUISE


Nak kenal Melaka kenalah naik River Cruise ni. Tak sangka ramai yang kongsi komen mereka mengenai salah satu tarikan terhebat di negeri ini. Bagi mereka, dapat naik bot sambil menikmati panorama sepanjang Sungai Melaka, memang tak boleh dilupakan.

4. SUNGAI MELAKA


Sungai Melaka dulu dan sekarang sangat berbeza. Selain terdapat gerai jualan dan restoran di sepanjang sungai. Ada juga lukisan mural menarik di bangunan dibina di kawasan ini. Menurut komen dinyatakan, rugi kalau datang Melaka tapi tak singgah ke sini.

5. BABA NYONYA & HERITAGE MUSEUM


Muzium Baba Nyonya pun antara tempat yang mendapat review dan komen terbanyak di Tripadvisor. Kata mereka, kalau nak tahu mengenai budaya baba nyonya, di sinilah tempatnya.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini
Tags: evergreen

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

11 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago