5 port makan WAJIB singgah. No.3 tu memang ramai!

DATANG Melaka bukan sahaja nak melancong, makan-makan pun kena ada juga, yelah kalau dah penat berjalan mestilah nak isi perut juga. Terkenal dengan negeri kepelbagaian resipi, masakan baba nyonya juga antara menjadi sebutan di Melaka selain masakan Melayu, Cina dan India. Bahkan, terdapat juga masakan dari Barat dan Sumatera di negeri ini. Senang cerita macam-macam ada di Melaka. Jom kita lihat lima ‘port’ makan tengahari terbaik di Melaka…

1.  Asam Pedas Selera Kampung

Melaka dan asam pedas memang tidak boleh dipisahkan, kalau nak try asam pedas boleh datang ke restoran ini. Bukan hanya menyajikan asam pedas, malah pelbagai lauk pauk masakan kampung turut disediakan selain ulam-ulaman kampung yang membuat pengunjung bertandang lagi ke sini. Terletak di Bandar Hilir seberang Menara Taming Sari dan Tapak Pahlawan Walk, restoran ini beroperasi setiap pagi hingga petang.

2.  Asam Pedas Pak Man

Kalau ke restoran ini, signature dishnya sudah tentulah asam pedas, keenakan serta kepekatan kuahnya membuatkan ramai pelanggan tidak melepaskan tangan untuk ke sini. Terdapat set asam pedas pari, asam pedas tenggiri, asam pedas kembung, asam pedas ikan parang, asam pedas ayam dan asam pedas tetel. Terletak di Kompleks Niaga Melaka Perdana, restoran ini juga terdapat ruang penghawa dingin untuk sebarang majlis dan tempahan.

3.  Restoran Lot 85 Durian Daun

Terletak di Jalan Putri Hang Li Poh, Kampung Durian Daun Dalam, restoran ini beroperasi setiap hari Isnin hingga Sabtu bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. Jika dilihat, pada papan tanda mereka sudah terpampang antara menu menarik disajikan restoran ini. Antaranya, Nasi Beriyani, Kari Kepala Ikan, Ayam Goreng, Rojak, dan Asam Pedas.

4.  Perhentian Kuih Kampung

Kedai ini terletak di Jalan Ujong Pasir menuju ke Melaka Raya, dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 7 malam. Perhentian Kuih Kampung amat terkenal dengan kepelbagaian kuih muihnya dari kuih tradisional sehingga yang moden. Jika datang ke sini sudah pasti membuatkan pengujung rambang mata untuk memilih kuih-muih yang dijual. Rasa kuihnya yang sedap hingga mampu menarik kedatangan pelancong asing untuk turut menjamu selera di sini.

5.  Hjh Rahmah Kari Kepala Ikan Bukit Katil

Ini salah satu restoran yang tidak asing lagi menyajikan menu kari kepala ikan di negeri ini. Lokasinya terletak di Bukit Katil, lihat sahaja papan tanda restoran ini, sudah pasti ramai yang tahu menu popularnya adalah kari kepala ikan. Terdapat juga pelbagai pilihan lauk pauk Melayu seperti gulai, asam pedas dan lain-lain. Pendek cerita, memang sesuai untuk sesiapa yang ingin singgah makan tengahari di sini.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin
Tags: evergreen

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

3 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago