5 port makan malam santai, NO.2 tu memang syok!!

MAKAN, makan dan makan…perkara wajib bagi kita semua, kalau tak makan lapar lah jawabnya. Tapi kalau datang ke Melaka korang jangan risau, tak susah nak cari kedai-kedai makan ni.
Dekat Melaka memang banyak pilihan kedai makan baik siang atau malam, tak percaya? sini kami senaraikan 5 port makan malam yang santai. Apa lagi jom la bawak family…

1. QASREENA CAFE

Qasreena Cafe terletak di Taman Puncak, Bukit Katil, Melaka. Datang cafe ni korang tak payah terpinga-pinga nak makan apa, kasi try satu kali menu popular mereka iaitu Mee Racun Melaka. Bagi yang tak minat mee racun boleh try menu lain seperti masakan kampung, western dan banyak lagi.

2. D RETRO CAFE

Terletak di Muara Sungai Melaka, kafe ini menyediakan pelbagai menu menarik untuk seisi keluarga. Antara signature dish mereka ialah bubur ‘turbo power’, lempeng serta cekodok yang dihidangkan bersama sambal atau cheese. Bagi yang ada family lokasi ni memang sesuai, jika bawa family pada waktu petang, boleh lah makan sambil menyaksikan matahari terbenam. Apa lagi jom lah cuba!

3. NASI LEMAK ISTIMEWA KAMPUNG MORTEN

Kalau datang Melaka, nak makan nasi lemak boleh pergi ke Kampung Morten. Selain makan, boleh juga korang lihat pemandangan yang cantik dari tepi Sungai Melaka.

4. WARUNG HIJAU ROJAK SOTONG

Tengok nama pun dah terliur kan, haa ini antara lokasi yang menjadi sebutan ramai. Warung ini bukan hanya menerima kehadiran pelanggan dalam Melaka, malah dari negeri lain termasuk Singapura. Menu utama berasaskan sotong jumbo, sekali makan korang pasti takkan lupa dan nak singgah lagi buat kali kedua. Bagi yang belum cuba, apa kata hujung minggu datang bawak keluarga tersayang korang.

5. MAKAN AVENUE

Lokasinya terletak di Kampung Hulu, senang cerita lalu je depan Masjid Kampung Hulu mesti sampai port ni. Datang sini tak perlu risau, macam-macam ada termasuklah Cendol Kampung Hulu. Terdapat pelbagai stall menarik yang pastinya memenuhi citarasa semua.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin
Tags: evergreen

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

5 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

7 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

7 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

7 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

7 months ago