PENANGAN hidangan tradisional kesinambungan warisan menjadikan Cendol begitu sinonim dengan negeri ini. Pembuatan cendol dilengkapi dengan keenakan santan asli dan gula melaka merupakan ramuan utama malah ianya semakin diolah dengan pelbagai bahan lain pada masa ini. Jika melancong ke Melaka, MelakaKini janjikan perjalanan anda akan ‘kosong’ sekiranya tidak singgah di beberapa kedai cendol yang menjadi tumpuan di negeri bersejarah ini. Jadi, kalau bertandang di Melaka, ini lima kedai pilihan yang perlu anda singgah.
1. RAJA CENDOL TAMING SARI
Lokasi strategik berdekatan mercu pelancongan Melaka, Menara Taming Sari semestinya menjanjikan keenakan tersendiri pencuci mulut warisan ini. Lokasi terletak bersebelahan mercu itu menyediakan Cendol Musang King yang menggunakan durian berkualiti tinggi adalah antara pilihan cendol di sini.
2. CENDOL JAM BESAR
Apabila penat bergambar di perkarangan Bangunan Stadhuys, jangan lupa datang ke warung ini. Lokasi terletak di bahu jalan menjadikan peniaga di sini tak menang tangan melayan anda malah manisan lain juga turut ditawarkan termasuk air kelapa asli. Memang ‘padu’ tatkala musim panas, lepastu pula minum tepi Sungai Melaka tu! Pergh!.
3. JONKER 88
Kalau datang sini mesti kena beratur dulu. Mana tidaknya, kedai yang kecil ini perlu ambil giliran kalau anda ingin menikmati makanan yang disediakan di sini. Terletak di Jalan Jonker, kedai warisan ini menjanjikan keenakan cendol yang disirami kepekatan gula Melakanya!. Laksa Nyonya juga antara pilihan pelanggan di sini menjadikan setiap ruangan kedai ini dipenuhi pelanggan.
4. CENDOL KAMPUNG HULU
Kalau naik Melaka River Cruise, anda pasti akan melihat kedai ini yang terletak betul-betul di tepi Sungai Melaka. Melalui jalan darat, ianya terletak berdekatan dengan Masjid Kampung Hulu. Begitu popular di media sosial, ramai yang datang semata ingin merakam gambar di kedai ala-ala hipster ini.
5. CENDOL SAWIT MELAKA
Keenakan santan sawit yang luar biasa menjadi elemen utama diletakkan di dalam ramuan cendol di warung tersebut. Terletak di Pernu, warung ini menerima pelbagai kunjungan pelancong bagi mencipta kelainan dalam minuman warisan ini.
SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.
Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…
TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…
SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…
AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…
KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…
Leave a Comment