Categories: KebajikanMELAKA

5 lagi Rumah Peduli bakal dibina di DUN Pantai Kundor pada 2020

MOHAMAD FAZRUL ABDUL MAJID

PANTAI KUNDOR 26 Dis. – Sebanyak lapan buah Rumah Peduli diluluskan pembinaannya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor sepanjang tahun ini.

Penyelaras DUN Pantai Kundor, Juhari Osman berkata, daripada lapan buah yang diluluskan itu, satu daripadanya sudah 95 peratus siap dan dua lagi dalam fasa pembinaan manakala baki lima lagi rumah bakal dimulakan pembinaannya pada 2020.

“Rumah Peduli yang pertama di DUN Pantai Kundor dibina di Tanjung Kling dan dirasmikan sendiri oleh Ketua Menteri, Adly Zahari sebelum ini. Kini, rumah berkenaan sudah 95 peratus siap dan dijangka penyerahan kunci bakal dilakukan Januari depan.

“Selain itu, kita juga ada dua lagi Rumah Peduli yang dalam proses pembinaan. Satu di kawasan Solok Tangga Batu yang sudah 50 peratus siap dan satu lagi di Paya Rumput Hilir yang kini dalam proses pembinaan tapak.

“Selebihnya, lima lagi buah rumah bakal dibina iaitu di kawasan Paya Rumput Jaya, Bukit Darat, Kampung Gelam dan Tanjung Kling yang mana kesemuanya sudah diluluskan dan pembinaannya akan bermula tahun hadapan,” katanya.

Mengulas lanjut, Juhari berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan sesiapa sahaja yang layak untuk memohon Rumah Peduli di kawasan DUN Pantai Kundor namun setiap permohonan mestilah mengikut syarat yang ditetapkan.

Antara syarat yang ditetapkan untuk memohon Rumah Peduli ialah mesti warganegara Malaysia, belum pernah memiliki rumah, berumur 20 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM1,000 sebulan bagi seisi rumah, memiliki tanah sendiri, keutamaan kepada pemohon yang berdaftar dengan e-kasih dan juga penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Terdapat dua model Rumah Peduli iaitu model dua bilik berharga RM30,000 dan model kedua yang memiliki tiga bilik dengan harga RM37,500.

Kos pembinaan rumah akan dibiayai 100 peratus oleh kerajaan.

Mohamad Fazrul Abdul Majid

Leave a Comment
Share
Published by
Mohamad Fazrul Abdul Majid

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

5 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

7 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

7 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

7 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

7 months ago