Categories: EvergreenMELAKA

5 ‘fashionistas’ wanita berpengaruh di Malaysia. Nombor 3 tu paling meletop!

1.SAZZY FALAK

Dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur, ibu kepada dua anak ini bukan sahaja menempa nama sebagai penyampai, pengacara dan pelakon TV, tetapi juga seorang peminat dan penggemar fesyen. Menerusi kreativitinya, Sazzy mengasaskan Street Fashion KL oleh Sazzy Falak, label pakaian wanita yang direka oleh Sazzy sendiri dengan menitikberatkan kualiti koleksi pakaian yang dikeluarkan. Dia berkahwin dengan Nazril Idrus yang juga merupakan seorang selebriti drama dan filem.

2.AMANDA LIU

Seperti insan lain, Amanda bermula sebagai ‘blogger’ yang sering menceritakan tentang kehidupan sehariannya. Namun, apabila memasuki alam kolej, die mula memberikan perhatian mengenai stail fesyen selepas menempuh pengaruh fesyen di kampus kolejnya. Ketika itu, Amanda mula memuatnaik foto pakaiannya di media sosial. Selain sebagai influencer di media sosial, Amanda juga bekerja sebagai pembeli di sebuah syarikat e-commerce. Amanda menikmati dunia fesyen dan mengembangkan kreativitinya dengan membuat review produk dan showcase.

3.NOOR NEELOFA MOHD NOOR

Siapa yang tidak kenal dengan Neelofa, lebih-lebih lagi dia sebelum ini menempuh populariti dalam dunia lakonan dan seni. Tidak terhenti setakat itu, Neelofa kini semakin berjaya bergelar usahawan wanita yang berpengaruh di negara ini menerusi jenama produknya iaitu Naelofar Hijab. Jenama tersebut dilaporkan telah mencatatkan hasil jualan RM50 juta pada tahun 2015 dan telah meningkat sebanyak RM200 juta pada tahun 2018. Tidak terhenti setakat itu sahaja, Neelofa juga pernah tersenarai dalam Forbes Asia 30 Under 30. Membanggakan!

4.DATIN VIVY YUSOF

Datin Vivy Sofinas Yusof merupakan seorang usahawan wanita, personaliti TV dan ikon fesyen Malaysia. Beliau merupakan pengasas bersama FashionValet dan pengasas dUCk. Pada tahun 2016, beliau menerima anugerah Usahawan Muda dari gala The Queen of Malaysia at Tribute to Women Malaysia. Pada April 2017, Vivy disenaraikan di Forbes sebagai salah satu daripada 30 di bawah 30 di Asia.

5.MARION CAUNTER

Kecantikan bekas pengacara TV kacukan Portugis-Inggeris-Cina, Marion Rose Caunter tidak perlu disangkal lagi, apatah lagi penampilan fesyennya yang sering kali menjadi kegemaran penggemar fesyen. Isteri kepada usahawan, SM Nasarudin SM Nasimuddin itu sentiasa bijak mengenakan pelbagai fesyen sehingga dia menjadi satu-satunya wanita Malaysia yang diberi penghormatan oleh Dior dalam Paris Fashion Week.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria
Tags: evergreen

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

4 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

4 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

4 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

4 months ago