Categories: EvergreenMELAKA

5 beg TRENDY pilihan jejaka wajib miliki. No 4 tu paling top!

ARUS peredaran masa juga telah mengubahkan kita kepada pelbagai citarasa terutama dalam berfesyen saban hari. Selang bertahun, munculnya beberapa sentuhan fesyen terkini sesuai digunakan dalam pemakaian kasual buat jejaka tampan persis idaman wanita. Kini, pelbagai jenis beg juga turut diilhamkan menjadi pilihan jejaka di luar sana dengan mengenakan pakaian sesuai telah menampakkan betapa maskulinnya pemakaian lelaki pada era kini. Di sini kami nyatakan antara lima beg yang menjadi pilihan jejaka di luar sana bagi mengenakan pakaian mengikut trend terkini.

1.FANNY PACK

Pada masa ini, sentuhan budaya pop (Pop Culture) mula menerajui fesyen tempatan. Sentuhan warna neon terang merupakan pilihan sekarang adalah antara elemen di dalam sentuhan Pop Culture ini. Untuk jejaka ‘macho’ begitu bergaya sekali apabila mengenakan pakaian sesuai dengan Fanny Bag atau dikenali sebagai Bum Bag yang di letakkan dibahagian dada, pinggang mahupun di belakang badan. Tapi perlu diingatkan, kalau nak pakai beg ini janganlah diisi dengan barang yang terlampau sarat kerana akan mencacatkan pandangan terhadap beg itu.

2. NECK POUCH

Kecil, molek dan ringan. Neck pouch juga merupakan antara beg yang trendy buat masa ini. Ramai jejaka luar sana mengenakan neck pouch yang digantung dileher ini disebabkan ciri fizikalnya yang menarik dan mudah di bawa ke mana-mana.Kalau keluar rumah, dah tak perlu bawa dompet, cuma selitkan kad pengenalan, lesen memandu dan duit anda jer, lepastu dah boleh dah melepak dengan geng korang. Sentuhan beg ini sesuai digayakan dalam suasana kasual dan ditambah pula dengan fesyen pakaian ala-ala santai selamba tu sudah pasti menarik perhatian wanita luar sana!

3.TOTE BAG

Tote bag juga diihat menjadi pilihan antara jejaka diluar sana. Nampak mudah, ringan malah cukup selesa kerana rata-ratanya diilhamkan menggunakan sentuhan kain kapas. Beg ini sesuai digunakan dengan suasana santai malah ianya boleh disisi dengan pelbagai barang korang yang sarat tu!

4.KLAC

Penggunaan klac dilihat semakin berterusan saban tahun. Malah ianya bersesuaian dengan keadaan jejaka diluar sana kerana beg ini tidak melecehkan. Penggayaan beg ini perlu bersesuaian juga dengan pemakaian anda, bila ‘member’ korang ajak lepak tu apa lagi, isi kan je semua barang korang dalam satu beg, lepas tu kepit celah ketiak. Settle bohhh. Poket pun dah tak berat dah, isi je rokok, dompet, telefon tu semua dalam satu beg!

5.BEG GIM

Jika anda jejaka aktif mahupun sering ke gim atau melakukan aktiviti lasak di luar, beg gim ini amat penting untuk anda.

Ianya mudah dibawa ke mana sahaja malah kemasan kain yang digunakan sesuai digunakan untuk pengudaraan tuala mahupun baju yang disimpan agar tidak berbau disebabkan peluh.

Ianya juga disebabkan material kain kapas yang digunakan menjadikan ia berfungsi denga lebih baik.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Faiz Hasan

Leave a Comment
Share
Published by
Faiz Hasan
Tags: evergreen

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago