5 anggota polis dicekup positif dadah di pusat hiburan

5 anggota polis dicekup positif dadah di pusat hiburan

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga..

AYER KEROH 14 Jun- Lima anggota polis direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan selepas dipercayai memiliki serta mengambil dadah dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di pusat bandar, semalam.

Perintah reman sehingga 16 Jun itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Mohd Anuar Ostadi kepada semua suspek berusia antara 23 hingga 34 tahun itu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah berkata kesemua suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(3) dan 15 (1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, kesemua suspek ditahan oleh Pasukan Risik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Melaka Tengah di sebuah pusat hiburan kira-kira 10.30 pagi semalam.

“Dalam serbuan, pihak polis turut menjumpai sepaket plastik lutsinar berisi dadah jenis ketamin dan ujian saringan air kencing terhadap kelima-lima anggota disahkan positif.

“Empat daripada lima suspek bertugas di Melaka dan seorang lagi suspek bertugas di Kuala Pilah, Negeri Sembilan,” katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, beliau tidak memandang remeh isu berkenaan memandangkan yang terlibat adalah anggota penguatkuasa di mana sepatutnya mereka bebas daripada kesalahan jenayah serta salah laku termasuk penyalahgunaan dadah.

 

Jangan terlepas berita terkini Negeri Melaka dengan Like dan Follow Facebook Page MelakaKini atau sertai dan lontarkan isu anda di Group MelakaKini untuk kami ketengahkan.

CATEGORIES
TAGS