497 pelajar MiCoST bakal graduasi 23 Februari ini

497 pelajar MiCoST bakal graduasi 23 Februari ini

AYER KEROH 21 Feb. – Seramai 497 bakal graduan akan diraikan di Majlis Konvokesyen Kolej Antarabangsa Sains dan Teknologi (MiCoST) Kali Ke-5 di Dewan Seri Negeri Ayer Keroh Melaka pada 23 Februari ini.

Majlis Konvokesyen itu akan disempurnakan oleh Exco Pendidikan, Modal Insan, Sains dan Inovasi, Noor Effandi Bin Ahmad.

Ketua Eksekutif MiCoST, Dr. Afizan Azman berkata, majlis konvokesyen tersebut bagi meraikan kejayaan bakal graduan MiCoST dari tiga fakulti.

“Antara pelajar yang akan diraikan dari Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, dan Fakulti Teknologi Maklumat dan Multimedia yang telah bersusah payah mengharungi pengajian dari awal semester hingga tamat pengajian.

“Terdapat 4 anugerah utama yang akan diberikan pada majlis konvokesyen ini kepada bakal graduan yang terpilih dan menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik dan juga kokurikulum seperti Anugerah Graduan Terbaik Akademik, Anugerah Graduan Terbaik Ko-Kurikulum, Anugerah Graduan Terbaik Keseluruhan.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media kepada MelakaKini, semalam.

Tambahnya, Majlis konvokesyen MiCoST kali ini juga akan mengurniakan Anugerah Khas Anumerta kepada keluarga bakal graduan MiCoST yang telah meninggal dunia baru-baru ini.

CATEGORIES