Categories: Ketua MenteriMELAKA

418 keluarga asnaf terima bantuan awal Ramadan

BUKIT KATIL 9 April – Seramai 418 keluarga asnaf Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil menerima bantuan persediaan Ramadan bagi zakat fitrah dan pengagihan fidyah kepada keluarga fakir dan miskin.

Penyerahan tersebut disampaikan oleh Ketua Menteri merangkap ADUN Bukit Katil, Adly Zahari di Dewan Japerun Bukit Katil di sini, sebentar tadi.

Pengurus Baitulmal Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Mohd Sharif Somathulla berkata, pemberian bantuan awal Ramadan ini adalah berkat daripada gerak kerja yang konsisten dan pembayar zakat dalam negeri.

Jelasnya, kutipan zakat negeri telah mencecah RM87.8 juta pada tahun 2018 iaitu kenaikan sebanyak RM2.2 juta berbanding kutipan zakat pada tahun 2017 sebanyak RM85.6 juta.

“Pada tahun 2019,  Zakat Melaka mensasarkan kutipan zakat sebanyak RM98.25 juta, dan pada tahun ini jumlah keseluruhan penerima bantuan awal Ramadan kali ini seramai 7,975 asnaf,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyerahan Bantuan Persediaan Ramadan kepada asnaf zakat di Dewan Japerun Bukit Katil, di sini, hari ini.

Jelasnya, golongan penerima bantuan zakat juga diingatkan agar sentiasa berusaha untuk meningkatkan taraf hidup diri sendiri dan keluarga.

“Jumlah pembayar zakat fitrah pada tahun 2019 dijangka berjumlah 600,000 pembayar di seluruh negeri Melaka,” katanya.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago